Tawaran Penyewaan Medan Selera, Ruang Niaga Dan Pasar Awam Majlis Perbandaran Subang Jaya Secara Tender Terbuka

Penyewaan Yang ditawarkan :

i. Pasar Awam / Bazar

Bil Lokasi Kadar Sewa Minimum Bilangan  Kekosongan Jenis Perniagaan
1 Pasar Moden SS15, Subang Jaya RM 150.00 2 Daging / Sayur
2 Pasar Awam Jalan Seri Serdang, Seri Kembangan RM 120.00 5 Barangan Basah (ikan / ayam/ daging/sayur)
RM 120.00 6 Barangan Kering
RM 250.00 1 Bahagian Atas  (ruang niaga/pejabat)
RM 120.00 1 Bahagian Bawah (ruang niaga/pejabat)
3 Pasar Awam Batu 14, Puchong (Table Top) RM 25.00 2 Sayur / Buah
4 Pasar Awam Batu 14, Puchong (Gerai Sementara) RM 120.00 1 Barangan Kering
5 Pasar Awam Batu 14, Puchong (Gerai Berkunci) RM 60.00 1 Barangan Kering
6 Pasar Basah Jalan SK 6, Seri Kembangan RM 90.00 12 Barangan Basah
7 Gerai Berkunci A, Pasar Basah Jalan SK 6, Seri Kembangan RM 100.00 1 Barangan Kering
8 Gerai Berkunci B, Pasar Basah Jalan SK 6, Seri Kembangan RM 120.00 2 Barangan Kering

ii. Medan Selera
 

Bil Lokasi Kadar Sewa Minimum Bilangan Kekosongan Jenis Perniagaan
1 Medan Selera SS 15, Subang Jaya RM 150.00 7 Makanan / Minuman / Kering
2 Medan Selera Subang Hi-Tech Jalan Nilam 1/1, Subang Jaya (belakang) RM 150.00 1
3 Medan Selera USJ 7, Subang Jaya (minuman sahaja) RM 400.00 1
4 Medan Selera Puchong Utama RM 200.00 7
5 Medan Selera Jalan Raya 7/1, Seri Kembangan RM 150.00 4
6 Medan Selera  Jalan 18/32, Taman Sri Serdang (barangan kering sahaja) RM 150.00 1
7 Medan Selera Serdang Raya 6 RM 150.00 1


TERMA DAN SYARAT :

1. Keutamaan permohonan kepada anak Selangor dan individu yang bermastautin di kawasan Pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya.
2. Pemohon hanya dibenarkan mengemukakan 1 (satu) permohonan sahaja
3. Dokumen yang tidak lengkap akan DITOLAK
4. Dokumen yang diperlukan    

    a. Satu (1) Salinan kad pengenalan pemohon dan salinan bil utiliti
    b. Satu (1) Gambar ukuran passport

5. Borang permohonan sila muat turun di pautan di bawah atau di Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Aras 2, MPSJ. Pemohon diminta untuk mengisi kadar sewaan yang ditawarkan kepada Majlis bergantung kepada kadar sewa minimum yang ditetapkan. 

Tarikh Tutup Permohonan    : 28  Februari 2020 (Jumaat) (Sebelum jam 12.00 tengahari)

Borang permohonan yang lengkap perlu dimasukkan di dalam sampul surat yang berlakri dan dihantar kepada alamat di bawah :- 

Peti Sebut Harga 
Jabatan Khidmat Pengurusan
Aras 2, Majlis Perbandaran Subang Jaya
Persiaran Perpaduan USJ 5
47610 Subang Jaya, 
Selangor Darul Ehsan

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI:
03 – 80263117
03 – 80264337
03 – 80264341
 

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN GERAI PASAR AWAM

MS