
BUTIRAN PERMOHONAN
Lokasi | : Medan Selera Puchong Permai, 47150 Puchong Selangor Darul Ehsan |
Kadar Sewa Minimum | : RM 350.00 sebulan |
Tempoh Sewa | : Dua (2) Tahun |
Bilangan Gerai | : 3 Unit Gerai |
Jenis Perniagaan | : Makanan sahaja (operasi siang dan malam) |
Tarikh Tutup Permohonan | : 9 Mei 2022 (Isnin) |
TERMA & SYARAT
1.Keutamaan diberikan kepada anak Selangor dan individu yang bermastautin di kawasan Puchong dan kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Subang Jaya.
2. Pemohon hanya dibenarkan mengemukakan 1 (satu) permohonan sahaja.
3. Dokumen yang tidak lengkap akan DITOLAK.
4. Dokumen yang diperlukan :
- 1 (SATU) salinan kad pengenalan pemohon
- 1 (SATU) Salinan bil utiliti (bil bekalan air / elektrik)
- 1 (SATU) gambar berukuran passport
5. Borang permohonan boleh didapati menerusi laman web MBSJ (Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta – Bahagian borang) atau di Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta, Aras 2, MBSJ. Pemohon diminta untuk mengisi kadar sewaan yang ditawarkan yang tidak boleh kurang daripada kadar sewa minimum yang ditetapkan.
6. Keutamaan permohonan kepada pemohon yang tidak mempunyai pekerjaan tetap / mempunyai pengalaman dalam perniagaan makanan dan penjaja jalanan. Pemohon yang sudah mempunyai perniagaan dan bekerja tidak digalakkan memohon.
Borang permohonan yang lengkap perlu dimasukkan ke dalam sampul surat dan dimasukkan ke dalam Peti Tender Jabatan Khidmat Pengurusan, Aras 2, Ibu Pejabat, Majlis Bandaraya Subang Jaya. Sampul surat hendaklah di alamatkan kepada :
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN
Borang Permohonan Gerai / Pasar AwamALAMAT
Peti Sebut Harga
Jabatan Khidmat Pengurusan
Aras 2, Majlis Bandaraya Subang Jaya
Persiaran Perpaduan USJ 5
47610 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan
SEBARANG PERTANYAAN
SILA HUBUNGI :
03 – 8026 3109
03 – 8026 4341
03 – 8026 4337