TARIKH IKLAN : 27 JANUARI 2025
TARIKH TUTUP PETI : 14 FEBRUARI 2025 12.00 TENGAH HARI
 

TAWARAN PELAWAAN UNTUK PELUPUSAN ASET TAK ALIH MILIK MBSJ

Salam sejahtera dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.    Pihak tuan/puan adalah dipelawa mengemukakan sebut harga bagi kerja-kerja yang tersebut di atas seperti di lampiran. Sesi melihat barang-barang pelupusan akan diadakan seperti ketetapan berikut :

 
2.1 Tarikh Lawatan Tapak : 05 Februari 2025 (Rabu)
2.2 Masa : 10.00 pagi  *Pihak syarikat diwajibkan menghadiri sesi lawatan tapak dan hadir mengikut masa yang telah ditetapkan. Pihak Majlis tidak akan menerima sebarang tawaran sebut harga daripada syarikat yang tidak hadir semasa sesi diadakan.
2.3 Lokasi Berkumpul : Tapak Kabin, Jalan Indah 2/2,
Taman Puchong Indah, Puchong
Selangor Darul Ehsan.
2.4 Lokasi Barang : Lokasi penempatan barang pelupusan adalah seperti di lampiran.

3.    Syarat-syarat dan peraturan yang pihak Majlis telah tetapkan adalah seperti berikut :
 

i.

Semua aset adalah dijual sebagaimana keadaannya semasa dilihat (as-is-where-is basis). MBSJ tidak bertanggungjawab ke atas aset yang dijual jika berlaku kecurian, kehilangan atau sebaliknya.

ii. Semua perbelanjaan berkaitan pembelian aset seperti kos menanggal (dismantle), mengangkut dan sebagainya hendaklah ditanggung oleh pembida yang berjaya. .
iii. Pembida yang berjaya tidak dibenarkan melerai, menanggal atau menjalankan apa-apa kegiatan memproses aset yang dilupuskan di dalam dan berhampiran tapak kabin. (Jika perlu dilaksanakan, ianya tertakluk kepada kelulusan pihak MBSJ dengan alasan yang munasabah).
iv. Pembida yang berjaya hendaklah membuat pembayaran penuh dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh surat tawaran dikeluarkan. Sekiranya tiada maklum balas diterima daripada pihak pembida secara bertulis/emel dalam tempoh tersebut, pihak pembida boleh disenarai hitamkan daripada sebarang perolehan di MBSJ.
v. Pembida yang berjaya hendaklah menngurusakan pengambilan aset dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas pembayaran penuh dijelaskan.

4.    Sehubungan dengan itu, sekiranya pihak tuan/puan berminat untuk melaksanakan kerja-kerja tersebut di atas, sila kemukakan dokumen berikut : 

i. Sebut harga bagi tawaran tersebut
ii. Salinan sijil SSM / Kad Pengenalan Pembida.
iii. Salinan sijil Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dan kod bidang :

221901 - Membeli Barang Lusuh (Tanpa Permit) atau
221902 - Membeli Barang Lusuh (Perlu Permit).
iv. Profil syarikat
v.  Permit Polis
vi. MUAT TURUN Borang Pelupusan Aset Tak Alih 2025 - Kabin MPP Zon 13 Pcg Indah

5.    Semua dokumen yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam ;

        Peti Sebut Harga
        Jabatan Khidmat Pengurusan, Tingkat 2,
        Majlis Bandaraya Subang Jaya,
        Persiaran Perpaduan, USJ 5, 47610 Subang Jaya,
        Selangor

TARIKH TUTUP PETI : 14 Februari 2025 (JUMAAT) 12.00 TENGAH HARI

MS