Tatacara Untuk Menyertai Tender / Sebutharga

Kontraktor/pembekal hendaklah mempunyai Sijil Perakuan Pendaftaran (SPP) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dari Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam gred, kategori dan pengkhhususan berkaitan. Kontraktor juga perlu mempunyai Sijil Taraf Bumiputera (STB) dari Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) jika berkaitan. Bagi pembekal atau pengedar perkhidmatan, syarikat hendaklah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dalam bidang yang berkaitan. Seterusnya kontaktor/pembekal/pengedar perkhidmatan juga perlu berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) dan borang pendaftaran boleh dimuat turun disini. Akhirnya kontraktor/pembekal perlu melawat http://tender.selangor.gov.my/ bagi pendaftaran secara 'online'. Pertanyaan lanjut berkenaan tatacara ini boleh diajukan melalui talian 03 - 8026 4382
MS