MS

PUSAT BIOMASS BERSEPADU MPSJ 

Pusat Biomass Bersepadu MPSJ mula beroperasi pada bulan Oktober 2013. Biomass adalah merupakan bahan organik daripada hidupan seperti tumbuhan / haiwan / sisa makanan / kumbahan najis dan lain-lain lagi yang dijadikan sumber tenaga (samada digunakan secara terus melalui pembakaran atau haba; atau digunakan selepas melalui proses perubahan bentuk, contoh kompos, biodiesel dan biogas).

Aktiviti Di Pusat Biomass

  1. Projek Kompos Sisa Kebun

Sisa  kebun  (penyelenggaraan  landskap  oleh  kontraktor  MPSJ)  diproses  dan dikompos secara semulajadi untuk dijadikan baja.

  1. Projek Kompos Sisa Makanan 

Sisa makanan diperolehi daripada Program Pengasingan Sisa Makanan yang melibatkan Medan Selera Awam MPSJ, kawasan perumahan, kantin sekolah dan restoran yang terpilih. Sisa makanan ini diproses dan dikompos untuk dijadikan baja dengan menggunakan mesin khas. 

  1. Projek Vermikompos 

Sisa  daun  kering  (aktiviti  pembersihan  kawasan)  dihancurkan  dan  dikompos menggunakan cacing. 


* Baja-baja ini dibungkus dalam beberapa saiz iaitu 1kg, 5kg, 10kg, 20kg dan 30kg. Kesemua baja ini dijual dengan harga seperti berikut:

Jenis BajaHarga Baja
 Baja Kompos Sisa Kebun RM 0.80 / Kg       
 Baja Kompos Sisa Makanan             RM 7.50 / Kg      
 Baja Vermikompos RM 8.00 / Kg      

    
Baja-baja ini boleh dibeli di Pusat Biomass Bersepadu, Jalan BP 4/1, Bandar Bukit Puchong, Puchong, Selangor. Berikut adalah jadual operasi Pusat Biomass Bersepadu MPSJ.

Jadual Operasi Pusat Biomass
 Isnin - Khamis                                     9.30 Pagi - 4.30 Petang (Rehat 1.00 - 2.00 Petang)
 Jumaat 9.30 Pagi - 4.30 Petang (Rehat 12.00 Tengahari - 2.45   Petang) 
 Sabtu, Ahad & Cuti  Umum Tutup


Projek Biodiesel – Kitar Semula Minyak Masak Terpakai

Melalui Program Kitar Semula Minyak Masak Terpakai MPSJ, sisa minyak daripada semua premis makanan (yang menyertai program ini) dikutip dan diproses menjadi biodiesel. Penduduk juga digalakkan menghantar minyak masak terpakai ke Pusat Biomass Bersepadu MPSJ. Setiap minyak masak yang dihantar akan diberikan insentif sebanyak RM1.00/kg.

Alamat Pusat Biomass Bersepadu

Pusat Biomass Bersepadu MPSJ, 
Jalan BP 4/1, Bandar Bukit Puchong, 
Selangor Darul Ehsan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi : 
En. Muhamad Jun bin Zolpa 019 - 3505184

Total votes: 0