MS

Program Kelulusan Khas Binaan Tambahan Rumah Kediaman

1.    Pihak MPSJ telah meminda garis panduan dan piawaian bangunan sedia ada berkaitan anjakan bangunan tambahan atas bahagian belakang dan balkoni hadapan bagi membolehkan pemilik-pemilik memperolehi kelulusan tambahan / ubahsuaian rumah kediaman mereka dan seterusnya memperolehi sijil perakuan siap dan pematuhan (CCC)

2.    Kategori binaan tambahan/ubahsuai kediaman yang terlibat dengan program kelulusan khas ini adalah:-

a.    Tambahan bahagian belakang tingkat atas tanpa anjakan 5 kaki (rumah teres sahaja)
b.    Balkoni dengan anjakan 10 kaki dari sempadan rumah kediaman (rumah teres, berkembar , cluster dan banglo)
​​​​​​​c.    Lain-lain tambahan rumah kediaman (rumah teres, berkembar , kluster dan banglo) yang tidak melebihi 50% keluasan asal bangunan

3.    Pemilik rumah hanya dikenakan bayaran fi asas proses pelan dan bayaran kompaun RM 500.00 sahaja semasa mengemukakan permohonan kelulusan khas ini. ( kadar biasa adalah 10 x gandaan fi dan kompaun maksimun RM12,500.00 bagi kesalahan bina dahulu tanpa kelulusan MPSJ )

4. Tindakan yang perlu diambil oleh pemilik rumah adalah seperti berikut:- 

BilJenis Tambahan / UbahsuaiTindakan Oleh Pemilik Bangunan
1Binaan tambahan / ubahsuai tanpa kelulusan MPSJMelantik arkitek/pelukis pelan berdaftar untuk mengemukan permohonan baru ke MPSJ
2Binaan tambahan / ubahsuai yang mempunyai kelulusan MPSJ tetapi melencong dari pelan kelulusanMenghubungi arkitek/pelukis pelan berdaftar terdahulu atau melantik arkitek/pelukis pelan berdaftar baru untuk mengemukan permohonan pelan pindaan ke MPSJ
3Binaan tambahan/ubahsuai yang mempunyai kelulusan MPSJ tetapi tiada sijil pengesahan menduduki atau sijil pematuhan dan penyiapan ('CFO/CCC')Menghubungi arkitek/pelukis pelan berdaftar terdahulu untuk mengemukan  sijil pengesahan menduduki atau sijil pematuhan dan penyiapan ('CFO/CCC')

5.    Pemilik rumah boleh melantik mana-mana arkitek atau pelukis pelan berdaftar untuk mengemukakan permohonan pelan ke jabatan bangunan, MPSJ. Senarai pelukis pelan berdaftar boleh diperolehi di laman web MPSJ www.MPSJ.gov.my

6.    Sekiranya gagal mematuhi arahan di atas dalam tempoh pelaksanaan program ini pihak MPSJ boleh mengambil tindakan di bawah Seksyen 72 (5) Akta 133, Akta jalan, parit & bangunan (1974), yang membolehkan pihak MPSJ melaksanakan tindakan perobohan ke atas struktur tambahan berkaitan dengan kos peruntuhan ditanggung oleh pihak pemilik rumah.

7.    Sebarang pertanyaan serta maklumat lanjut sila hubungi Puan Hafidah Binti Mohammad atau Encik Fazri Bin Idris di talian 03-80267483 / 7484 / 3246. atau hadir ke kaunter jabatan bangunan, tingkat 3, bangunan MPSJ

PENGARAH BANGUNAN

Total votes: 0