HTK Bulan Oktober 2024



HARI TANPA KENDERAAN SUBANG JAYA #HTKSJ 2025 

Jom sertai Hari Tanpa Kenderaan Subang Jaya edisi pertama bagi tahun 2025! Pelbagai aktiviti dan hadiah menarik menanti anda. 
Jom sertai kami untuk menikmati suasana santai dan pelbagai aktiviti sihat. Maklumat program adalah seperti berikut:

 Lokasi: Taman Tasik Sri Serdang, Seri Kembangan
Tarikh: 8 Februari 2025 (Sabtu)
Masa: 7.00 pagi - 11.00 pagi

Jumpa semua Sabtu ini !

Untuk maklumat lanjut, imbas pada QR kod yang tertera atau layari laman portal atau media sosial rasmi MBSJ.

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda:

* Senamrobik ceria
* Fiesta Sarapan
* Larian Santai 5.6KM
* Kayuhan Santai 15KM
* Pertandingan Mewarna Kanak-kanak
* Eksplorasi Kenali & Musnahkan Denggi
* Eksplorasi Bandar Rendah Karbon
* Sukan Rakyat Tradisional
* Eco Free Market (EFM)
* RC Helicopter (Helicopter Kawalan Jauh)
* Pameran Cegah Jenayah (IPD Serdang)
* Pameran Cegah Denggi (MBSJ)
* Promosi Pendidikan & Perkhidmatan UPM
* Demonstrasi Cegah Jenayah
* Demonstrasi Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Pemadaman Kebakaran)
* Cabutan Bertuah
*Pemeriksaan Kesihatan Percuma

Nikmati udara segar, suasana santai dan mulakan langkah ke arah gaya hidup lebih aktif dan sihat! 

Jangan lepaskan peluang ini!

Bawa keluarga anda dan jadikan program ini sebagai permulaan kepada gaya hidup yang lebih aktif dan ceria!


MS