PIAGAM PELANGGAN JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA

Penilaian
 BIL PERKARA TEMPOH MASA
1.Meminda dan menguatkuasakan Cukai Taksiran ke atas pegangan berkadar mengikut peruntukan Seksyen 144, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).3 bulan dari tarikh pengeluaran Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (Borang F) dan Sijil Layak Menduduki (CF)
2.Menghantar Notis Pindaan kepada Senarai Nilaian kepada pemilik harta yang terlibat.Tidak kurang daripada 30 hari sebelum tarikh Cukai Taksiran dikuatkuasakan
3.Mengadakan Mesyuarat Pendengaran Bantahan selepas Notis Pindaan kepada Senarai Nilaian dikeluarkan kepada pemilik harta.2 kali setahun
4.Mengeluarkan surat keputusan bantahan kepada pemilik harta yang berkaitan.14 hari dari tarikh Mesyuarat Majlis Perbandaran Subang Jaya.
5.Memproses permohonan pindahmilik Bil Cukai Taksiran (sekiranya dokumen lengkap dan tiada tunggakan Cukai Taksiran).3 hari bekerja
6.Memproses tukar alamat surat-menyurat (sekiranya dokumen lengkap).1 hari bekerja
7.Permohonan mendapatkan Carian Rasmi.7 hari bekerja
8.Menjawab surat-surat balasan penerimaan.3 hari bekerja
Pengurusan Harta
 BIL PERKARA TEMPOH MASA
1.Menjalankan lawatan pemeriksaan tapak aset Majlis bagi mengawal selia kerja-kerja pembersihan oleh kontraktor yang dilantik.4 kali sebulan
2.Mengemukakan permohonan tanah bagi maksud hakmilik, lesen menduduki sementara, pewartaan dan sebagainya dari tarikh permintaan permohonan dibuat.14 Hari
3.Mengurus kemasukan penyewa ke Rumah Rakyat (Council Homes), MPSJ dari tarikh rumah sedia untuk diduduki.7 hari bekerja
4.Mengeluarkan bil tuntutan sewaan kepada penyewa setiap bulan.Sebelum 30 hb setiap bulan
5.Mengeluarkan bil air semasa bagi aset-aset majlis setiap bulan.Sebelum 30 hb setiap bulan
6.Menjawab surat-surat balasan penerimaan.3 hari bekerja


Dikemaskini pada 30-Sep-2014


MS