Penutupan Sementara Jalan Sempena Program Jom Sihat & Lestari @ MPSJ

Bersempena dengan Program Jom Sihat & Lestari @ MPSJ  yang akan diadakan pada 28/10/2018 (Ahad), pihak Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) akan menutup beberapa laluan utama bermula pada jam 4.00 pagi sehingga jam 11.00 pagi bagi memberi laluan kepada Program Jom Sihat & Lestari @ MPSJ. Empat laluan yang terlibat dalam program ini adalah seperti berikut:

i.    Rajah A – Persimpangan Jalan Kemajuan Subang dengan Persiaran Jengka
ii.    Rajah B -  Jalan kemajuan Subang dengan Jalan SS16 / 2
iii.    Rajah C -  Jalan Kemajuan Subang dengan Jalan SS15 / 5
iv.    Rajah D -  Jalan Kemajuan Subang dengan Persiaran Kewajipan

Sehubungan dengan itu, semua warga Perbandaran Subang Jaya dinasihatkan untuk merancang perjalanan serta mematuhi papan tanda arah yang telah ditetapkan. Bersama-sama ini dilampirkan peta penutupan jalan untuk rujukan pihak tuan/puan. Sebarang informasi lanjut berhubung perkara di atas, sila layari laman sesawang MPSJ www.mpsj.gov.my untuk keterangan lanjut:


Dikeluarkan Oleh:    

AZFARIZAL BIN ABDUL RASHID
Timbalan Pengarah
Jabatan Korporat Dan Pengurusan Strategik                
Majlis Perbandaran Subang Jaya    
Persiaran Perpaduan USJ 5, 47610 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan            
Tel    :     03-8026 3124    Faks : 03-8026 3166   H/P :     013 2774773
Emel    :     mpsj@mpsj.gov.my /  azfarizal@mpsj.gov.my


MS