CADANGAN PELAKSANAAN SISTEM LALULINTAS 3 FASA DI PERSIMPANGAN BERLAMPU ISYARAT JALAN PUTRA PERMAI / PERSIARAN LESTARI PERDANA

    Berkuatkuasa 6 April 2019 (Sabtu), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lingkaran Trans Kota Holding Berhad (LITRAK) akan melaksanakan Sistem Lalulintas 3 Fasa Di Persimpangan Berlampu Isyarat Jalan Putra Permai / Persiaran Lestari Perdana. Tujuan pelaksanaan sistem ini adalah bagi melancarkan pengurusan lalulintas  di kawasan tersebut. Pelaksanaan sistem lalulintas ini akan diadakan tempoh percubaan selama 3 bulan bagi pemantauan bersama oleh pihak MPSJ, JKR, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak LITRAK.

    Pelaksanaan sistem pengurusan lalulintas ini akan melibatkan penutupan Jalan Prima Tropika (menghala keluar ke Jalan Putra Permai). Sehubungan dengan itu, pengguna lalulintas dari  kawasan The Atmosphere, Taman Prima Tropika, Taman Alam Putra & Taman Lestari Permai diminta untuk mematuhi papan tanda arah laluan alternatif  yang telah disediakan bagi melancarkan lagi perjalanan tersebut serta menggunakan laluan alternatif seperti berikut:

1. Ke Seri Kembangan melalui:

- Persiaran Permai Sentosa
- Persiaran Putra Permai Utama
- Persiaran Putra Permai Selesa
- Persiaran Pinggiran Putra

2. Ke Puchong/Putrajaya melalui:

- Jalan Atmosphere Utama 2

3. Lestari Perdana melalui:
- Persiaran Putra Permai Utama
- Persiaran Putra Permai Selesa

    Pihak MPSJ menjangkakan akan timbul sedikit kekeliruan dan kesulitan di kalangan pengguna jalnaraya di awal pelaksanaan ini. Sehubungan dengan itu, pihak MPSJ akan menyediakan notis atau papan tanda arah yang mencukupi di beberapa lokasi di kawasan tersebut bagi memudahkan pemandu menuju ke destinasi masing-masing. Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara di atas, pengguna lalulintas boleh melayari laman sesawang MPSJ www.mpsj.gov.my atau hubungi Pusat Panggilan Setempat MPSJ (Unit Call Centre) di talian 03-80247700.

MS