Penguatkuasaan ke Atas Premis Makanan di Kawasan Pentadbiran MPSJ

Selepas bulan Ogos 2019 pihak Majlis akan mengetatkan lagi aktiviti penguatkuasaan ke atas premis-premis makanan di kawasan pentadbiran MPSJ. Premis makanan yang mendapat gred C dengan mendapat empat (4) kesalahan akan di gantung lesen minimun tujuh (7) hari, sekiranya melebihi lima (5) kesalahan lesen akan ditarik balik. Bagi premis yang mendapat gred D lesen perniagaan akan ditarik balik.Penguatkuasaan yang dilakukan adalah untuk memastikan semua pengusaha makanan mematuhi segala syarat-syarat kesihatan kebersihan yang telah ditetapkan oleh pihak majlis.

Kriteria kesalahan

1. Tiada perangkap sisa gris atau tidak diguna.
2. Aktiviti membasuh atau pemnyediaan makanan di atas jalan atau longkang.
3. Melebihi bilangan gerai yang di tetapkan di dalam premis (maksimun 5 gerai untuk lot tepi dan minimum 2 gerai di lot tengah).
4. Tiada pekerja tempatan di premis  atau penggunaan warga asing tanpa permit kerja yang sah.
5. Pembinaan struktur haram.
6. Tiada syarikat kawalan makluk perosak atau permit tidak di perbaharui permitnya.
7. Perangkap sisa gris tidak melalui sistem kumbahan.
8. Tiada tong sampah atau tong sampah yang tidak mencukupi.

* Untuk premis yang lesennya ditarik balik, pengusaha perlu membuat permohonan semula di Jabatan Pelesenan dan perlu mematuhi semua syarat-syarat yang di tetapkan oleh pihak majlis

MS