MS

Pengambilan Alih Kawasan

Pengambilan alih kawasan ialah proses penyerahan kawasan baru oleh pemaju kepada MPSJ untuk penyelenggaraan perkhidmatan pembersihan. Di antara perkhidmatan yang diberikan ialah kutipan sampah domestik, menyapu jalan, memotong rumput bahu jalan dan kawasan lapang serta mencuci longkang.Permohonan dibuat menerusi Jawatankuasa OSC. Tempoh yang ditetapkan untuk pengambilan alih ialah 6 bulan dari tarikh permohonan di terima.

Berikut adalah dokumen yang diperlukan dan dilengkapkan oleh pemaju :
i. Borang pengambilan alih kawasan
ii. 2 salinan pelan kawasan beserta nama jalan (saiz A1) dan diwarnakan kawasan yang akan diambil alih (saiz A1)
iii. Bilangan unit premis mengikut jenis
iv. Inventori ukuran kawasan
v. Salinan Sijil Layak Menduduki mengikut pembangunan yang telah diluluskan dan lampirannya

*Sila kemukakan surat hakmilik mengikut pembangunan yang diluluskan.
(Hakmilik tanah / hakmilik blok bangunan dan sebagainya) bagi bangunan bertingkat.

Borang Pengambil Alihan Kawasan.pdf 

Sila muat turun 181KB

Total votes: 0