MS

Pembuangan Sampah Haram

Pemandangan seperti longgokan sisa perindustrian, perdagangan dan sisa binaan di tepi jalan atau di rezab sungai semakin hari semakin membimbangkan dan merupakan satu masalah alam sekitar yang telah berlaku sejak dulu lagi. Kurangnya kesedaran dan pengetahuan di kalangan individu mengenai isu-isu pengurusan sisa pepejal dan kesannya akan diterima oleh generasi akan datang.
Selain itu MPSJ juga berdepan dengan isu tanah ditambak dengan sampah yang sering berlaku di tanah rezab sekolah dan rezab sungai (JPS).

Tindakan Unit Kawalan Pencemaran (UKP):
1. Notis Tawaran Kompaun (NTK) pada pesalah sama ada individu atau syarikat yang membuang sampah di tempat yang tidak dibenarkan oleh MPSJ
2. Tindakan menyita kenderaan yang digunakan untuk membuang sampah haram di tempat yang tidak dibenarkan oleh MPSJ
3. Perintah mahkamah akan dikeluarkan bagi kenderaan yang disita untuk lucut hak pemilik
4. Operasi sampah haram dan pembakaran terbuka dilakukan di kawasan hotspot sama ada dalam waktu pejabat, malam dan hari cuti

Total votes: 0