MS

Pembersihan Rumah Kosong dan Tanah Kosong

DEFINISI PEMBERSIHAN RUMAH KOSONG
Pembersihan Rumah Kosong akan dijalankan apabila wujudnya keadaan di mana terdapat tanaman dan pokok hiasan yang tidak diselenggara atau dijaga dengan baik, semak-samun dan tumbuhan liar, sehingga menyebabkan kacauganggu kepada penglihatan, yang menjadi tempat pembiakan dan perlindungan haiwan berbisa dan serangga pembawa penyakit atau menjejasan keselamatan hak-hak penduduk umumnya.

DEFINISI PEMBERSIHAN TANAH KOSONG
Pembersihan Tanah Kosong akan dijalankan apabila wujudnya keadaan di mana terdapat semak-samun dan tumbuhan liar yang menyebabkan kacauganggu kepada penglihatan, yang menjadi tempat pembiakan dan perlindungan haiwan berbisa dan serangga pembawa penyakit atau menjejaskan keselamatan hak-hak penduduk umumnya.
Jenis-jenis kacauganggu yang berpunca dari rumah atau tanah kosong yang ditinggalkan :
- semak samun
- tempat pembiakan haiwan dan serangga berbahaya seperti ular dan nyamuk Aedes
- tempat pembuangan sampah haram
- tempat pengumpulan barang lusuh / kitar semula

APAKAH TANGGUNGJAWAB YANG PERLU DILAKUKAN OLEH PEMILIK RUMAH ATAU TANAH KOSONG
1. Memastikan kawasan persekitaran rumah dibersihkan dan tidak mendatangkan kacauganggu kepada jiran sekeliling.
2. Menjalankan kerja-kerja pembersihan semak samun (tanah kosong) secara berkala iaitu sebulan sekali dengan cara membersihkan , memotong, mencakar, meracun dan memasukkan di dalam plastik sampah dengan cara meletakkan plastik di dalam kebuk / rumah sampah / tong sampah di hadapan rumah atau melupuskan di tapak pengkomposan (PKPS) di Bukit Puchong, Puchong.

APAKAH PERANAN MPSJ
1. Notis Kacauganggu / Notis Pentadbiran akan dikeluarkan kepada pemilik rumah / tanah kosong tersebut. Pemilik rumah / tanah kosong diberi tempoh 14 hari untuk membersihkan rumah / tanah kosong tersebut.
2. SEKIRANYA GAGAL, Majlis akan membuat kerja-kerja pembersihan tersebut dan pemilik bertanggungjawab untuk membayar semua kos pembersihan oleh majlis. Kos pembersihan tersebut akan dimasukkan ke dalam bil cukai pintu.
3. Majlis selepas ini akan terus menjalankan kerja-kerja pembersihan secara berkala tanpa pemberian notis lanjut dan kos pembersihan akan dimasukkan ke dalam bil cukai pintu.

Kadar Bayaran Kos Pembersihan
Berikut adalah kos pembersihan mengikut jenis rumah :
SebelumSelepasKos Pembersihan


RM 195
Rumah Tepi



RM 130
Rumah Tengah



RM 260
Rumah Banglo

Total votes: 0