MS

Pembakaran Terbuka

Peruntukan di bawah Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan & Pelupusan Sampah (MPSJ) 2007- UUK 16, UUKPPPSS (MPSJ) 2007
Melakukan pembakaran terbuka (bagi premis yang tiada lesen/mana-mana terjumpa)

Tindakan :
Notis Tawaran Kompaun (NTK) : RM 1,000.00

Peruntukkan di bawah Jabatan Alam Sekitar, Seksyen 29AA(2) Akta Kualiti Sekeliling (Pindaan) 2001, dinyatakan bahawa kawasan-kawasan di seluruh Negeri Selangor sebagai kawasan larangan pembakaran terbuka KECUALI pembakaran mayat, pembakaran bagi tujuan keagamaan, gril/ barbeku dan pembakaran gas mudah terbakar (flaring)

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan :
i. Kompaun : RM 2,000 setiap longgokan kebakaran
ii. Denda : RM 500,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.

Kebakaran besar boleh berlaku hanya berpunca dari putung rokok dalam cuaca kering atau berangin apatah lagi apabila penduduk tanpa rasa tanggungjawab membuat pembakaran secara terbuka untuk membakar sampah di kawasan rumah mereka.
Kesan Pembakaran Terbuka
i. Keadaan persekitaran menjadi berjerebu;
ii. Udara menjadi kotor atau berhabuk akibat bertambahnya karbon dioksida dan bahan-bahan pencemar;
iii. Jarak penglihatan berkurangan dan boleh membahayakan pengguna jalan raya;
iv. Gangguan kesihatan seperti lelah, sakit mata dan kulit terutama kepada bayi, kanak-kanak, orang tua dan pesakit lelah;
v. Gangguan aktiviti harian; dan
vi. Kemusnahan harta benda.

Cara Mengelakkan Diri Dari Terlibat Dalam Aktiviti Pembakaran Terbuka
i. Baja Kompos - Sisa-sisa pertanian seperti cantasan pokok, ranting-ranting kayu dan daun-daun kering direputkan secara semulajadi menjadi baja tanaman;
ii. Reja-reja kayu digunakan semula atau dihantar ke tempat pembuangan sampah yang dibenarkan;
iii. Sampah organik seperti sisa makanan hendaklah ditanam dan direputkan untuk dijadikan baja organik;
iv. Pastikan api dipadam sebelum membuang putung rokok

Website Jabatan Alam Sekitar (JAS)
Talian JAS Selangor : 03-5521 4000
Hubungi Unit Kawalan Pencemaran
03-8026 3182
Total votes: 0