Kepada Sesiapa Yang Berkenaan,

Tuan/puan,

Pelawaan Penjualan Secara Pukal (Tender) Pelupusan Barang-Barang Rampasan/ Sitaan Jabatan Perancangan Bandar Bil.1/2019

Salam sejahtera dan saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
    2.    Pihak tuan/puan adalah dipelawa mengemukakan sebut harga bagi kerja-kerja yang tersebut di atas seperti di lampiran. Sesi melihat barang-barang pelupusan akan diadakan pada ketetapan berikut :

            2.1    Tarikh Lawatan Tapak   : 12 September 2019 (Khamis)
            2.2    Masa                                : 10.00 pagi  *Pihak Majlis tidak akan melayani mana - mana syarikat yang hadir tidak mengikut masa yang telah ditetapkan.
            2.3    Lokasi                              : Depoh Tunda Subang MPSJ, Jalan TP 2, Taman Perindustrian Uep, 47600 Subang  Jaya, Selangor
    
3.    Sehubungan dengan itu, sekiranya pihak tuan/puan berminat untuk melaksanakan kerja-kerja tersebut di atas, sila kemukakan dokumen berikut : 

        3.1    Sebut harga bagi kerja-kerja tersebut
        3.2    Salinan sijil SSM
        3.3    Salinan sijil Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) kod bidang :
        221901 – Membeli Barang Lusuh (Tanpa Permit) Atau
        221902 – Membeli Barang Lusuh (Perlu Permit)
       
        3.4    Profil syarikat
        3.5    Permit Polis
        3.6    Surat Akuan Pembida (Lampiran F)

4.    Semua dokumen yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam ;

        Peti Sebut Harga
        Jabatan Khidmat Pengurusan, Tingkat 2,
        Majlis Perbandaran Subang Jaya,
        Persiaran Perpaduan, USJ 5, 47610 Subang Jaya,
        Selangor

         Tarikh tutup peti : 17 September 2019 (Selasa) jam 12.00 tengah hari


         MUAT TURUN SURAT AKAUN PEMBIDA (LAMPIRAN F)


Bil.Jenis BarangKuantitiStor Penempatan
1Lori Mercedes Benz (no. plat DW 1529)1Depoh Kenderaan Majlis Taman Perindustrian TP 2
2Lori Daihatsu (no. plat BEM 1027)1Depoh Tunda Subang MPSJ Taman Perindustrian TP 2
3Penimbang1
4Troli barang1
5Tong oxy1
6Jet hidraulik1
7Air compressor1



MS