TARIKH IKLAN : 11 OGOS 2020
TARIKH TUTUP PETI : 24 OGOS 2020 12.00 TENGAH HARI
 

PELAWAAN PENJUALAN SECARA PUKAL (TENDER) BARANG-BARANG RAMPASAN/ SITAAN RESTORAN, PENJAJA, HALANGAN, CYBER CAFE DAN RUMAH URUT JABATAN PENGUATKUASAAN MPSJ BIL.1/2020 (E-WASTE)

Salam sejahtera dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.    Pihak tuan/puan adalah dipelawa mengemukakan sebut harga bagi kerja-kerja yang tersebut di atas seperti di lampiran.  Sesi melihat kenderaan akan diadakan pada ketetapan berikut :

 
2.1 Tarikh Lawatan Tapak : 18 Ogos 2020 (Selasa)
2.2 Masa : 10.00 pagi  * Pihak Majlis tidak akan melayani mana-mana syarikat yang hadir tidak mengikut masa yang telah ditetapkan.
2.3 Lokasi Pertama (Berkumpul)  : Depoh Tunda Puchong Utama, 
Pejabat Cawangan Puchong, Jalan Utama 2/5, Taman
Perindustrian Maju Jaya Batu 14, 47100     
Puchong, Selangor 
(Belakang Petron Puchong Utama)
2.4 Lokasi Kedua : Stor Barang Rampasan Penguatkuasa,
Jalan TP 2, Taman Perindustrian UEP, 
47600 Subang Jaya, Selangor

3.    Syarat-syarat dan peraturan yang pihak Majlis telah tetapkan adalah seperti berikut :
 

i.  Semua aset adalah dijual sebagaimana keadaannya semasa dilihat (as-is-where-is basis).
ii.  MPSJ tidak bertanggungjawab ke atas aset yang dijual jika berlaku kecurian, kehilangan atau sebaliknya.
iii. Semua perbelanjaan berkaitan pembelian aset seperti kos menanggal (dismantle), mengangkut dan sebagainya hendaklah ditanggung oleh pembeli sendiri.
iv. Pembeli tidak dibenarkan melerai, menanggal atau apa-apa kegiatan memproses mengambil aset yang dilupuskan di dalam dan berhampiran kawasan depoh.
v. Pembeli yang berjaya hendaklah membuat pembayaran penuh dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh surat tawaran dikeluarkan. dikeluarkan. Sekiranya selepas tempoh tersebut, tiada maklum balas daripada pihak syarikat secara bertulis/emel, pihak syarikat  boleh disenarai hitamkan daripada sebarang perolehan di MPSJ.
vi. Pembeli yang berjaya hendaklah mengambil aset dalam tempoh tujuh (7) hari selepas pembayaran penuh dijelaskan.

4.    Sehubungan dengan itu, sekiranya pihak tuan/puan berminat untuk melaksanakan kerja-kerja tersebut di atas, sila kemukakan dokumen berikut : 
 

i. Sebut harga bagi kerja-kerja tersebut
ii. Salinan sijil SSM
iii. Salinan sijil Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dan kod bidang : 221901 - Membeli Barang Lusuh (Tanpa Permit) Atau 221902 - Membeli Barang Lusuh (Perlu Permit).
iv. Syarikat yang dilesenkan sebagai Premis Pemerolehan Kembali e-waste (kod lesen SW110) oleh Jabatan Alam Sekitar
v. Profil syarikat
vi.  Permit Polis
vii. Surat Akuan Pembida (Lampiran F) Klik untuk muat turun.

5.    Semua dokumen yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam ;

        Peti Sebut Harga
        Jabatan Khidmat Pengurusan, Tingkat 2,
        Majlis Perbandaran Subang Jaya,
        Persiaran Perpaduan, USJ 5, 47610 Subang Jaya,
        Selangor

TARIKH TUTUP PETI : 24 OGOS 2020, ISNIN,12.00 TENGAH HARI

MUAT TURUN SURAT AKAUN PEMBIDA (LAMPIRAN F) 


Bil.

Jenis Barang

Kuantiti

Stor Penempatan

1.

Vacuum

19

Depoh Tunda Puchong Utama

2.

Water pump

12

3.

Compressor

7

4.

Snow tank

10

5.

Peti sejuk

1

Stor Barang Rampasan Penguatkuasa Taman Perindustrian, TP 2

6.

Peti ais

1

7.

Pemanas air

1

8.

Tv

2

9.

Printer

1

10.

Amplifier

3

11.

Laptop

280

12.

Monitor

42

13.

Cpu

19

14.

Mesin kolam judi

3

15.

Modem

30

16.

Decoder

24

17.

D-link (usb)

11

17.

VCD / DVD

300

JUMLAH KESELURUHAN = 766

MS