TARIKH IKLAN : 27 JANUARI 2025 (ISNIN)
TARIKH TUTUP PETI : 10 FEBRUARI 2025 (ISNIN) 12.00 TENGAH HARI
 

PELAWAAN PENJUALAN PELUPUSAN KENDERAAN BURUK JABATAN PENGUATKUASAAN MAJLIS BANDARAYA SUBANG JAYA BIL.4/2024.

Salam sejahtera dan saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Pihak tuan/puan adalah dipelawa mengemukakan sebut harga bagi kerja-kerja yang tersebut di atas. Sesi melihat kenderaan akan diadakan seperti ketetapan berikut :

2.1 Tarikh Lawatan Tapak : 05 FEBRUARI 2025 (RABU)
2.2 Masa :

10.00 pagi (sesi taklimat)

* Pihak syarikat diwajibkan menghadiri sesi lawatan tapak dan hadir mengikut masa yang telah ditetapkan.  

Pihak Majlis tidak akan menerima sebarang tawaran sebut harga daripada syarikat yang tidak hadir semasa sesi diadakan.

2.3 Lokasi Berkumpul : Depoh Tunda MBSJ Puchong Utama, 
Pejabat Cawangan Puchong, Jalan Utama 2/5, Taman
Perindustrian Maju Jaya Batu 14, 47100     
Puchong, Selangor 
(Belakang Petron Puchong Utama)
Google Maps:
https://goo.gl/maps/Gm21Kt1nH2W7pWPS7
2.4 Jadual sesi melihat kenderaan dan penempatan kenderaan buruk serta jumlah kenderaan adalah seperti di jadual berikut: :

Bil.

Depoh Tunda

Kuantiti

Waktu melihat kenderaan

Kereta dan lain-lain

Motosikal

1.

Depoh Puchong Utama
Google Maps:
(https://goo.gl/maps/Gm21Kt1nH2W7pWPS7)

244

89

10.30 pagi

2.

Depoh Sri Puchong
Google Maps :
https://goo.gl/maps/MUwjZPZq2Jg6pkKMA

08

-

11.00 pagi

3.

Depoh TP 3
Google Maps :
https://goo.gl/maps/36s5Wd19JN5EH8dCA

78

-

11.30 pagi

4.

Depoh PBS
Google Maps :
https://goo.gl/maps/xVusdWBLwZtNRf9A9

25

-

12.00 tengahari

Jumlah

353

89

 

Jumlah Keseluruhan

442

 

MUAT TURUN SENARAI KENDERAAN UNTUK DIJUAL

3.    Syarat-syarat dan peraturan yang pihak Majlis telah tetapkan adalah seperti berikut :
 

i.  Semua aset adalah dijual sebagaimana keadaannya semasa dilihat (as­is-where-is basis).
ii.  MBSJ tidak bertanggungjawab ke atas aset yang dijual jika berlaku kecurian, kehilangan atau sebaliknya.
iii.  Semua perbelanjaan berkaitan pembelian aset seperti kos menanggal (dismantle), mengangkut dan sebagainya hendaklah ditanggung oleh pembeli sendiri.
iv.  Pembeli tidak dibenarkan melerai, menanggal atau apa-apa kegiatan memproses mengambil aset yang dilupuskan di dalam dan berhampiran kawasan depoh.
v. Pembeli yang berjaya hendaklah membuat pembayaran penuh dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh surat tawaran dikeluarkan. Sekiranya selepas tempoh tersebut, tiada maklum balas daripada pihak pembeli secara bertulis/emel, pihak pembeli boleh disenarai hitamkan daripada sebarang perolehan di MBSJ.
vi. Pembeli yang berjaya hendaklah mengambil aset  dalam tempoh tujuh (7)hari bekerja selepas pembayaran penuh dijelaskan.

4.    Sehubungan dengan itu, sekiranya pihak tuan/puan berminat untuk melaksanakan kerja-kerja tersebut di atas, sila kemukakan dokumen berikut : 
 

i. Sebut harga bagi kerja-kerja tersebut
ii. Salinan sijil SSM
iii. Salinan sijil Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dan kod bidang :
221901 - Membeli Barang Lusuh (Tanpa Permit) Atau
221902 - Membeli Barang Lusuh (Perlu Permit).
iv. Profil syarikat
v.  Permit Polis
vi. Surat Akuan Pembida (Lampiran F) Klik untuk muat turun.

5.    Semua dokumen yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam ;

        Peti Sebut Harga
        Jabatan Khidmat Pengurusan, Tingkat 2,
        Majlis Bandaraya Subang Jaya,
        Persiaran Perpaduan, USJ 5, 47610 Subang Jaya,
        Selangor

TARIKH TUTUP PETI : 10 FEBRUARI 2025 (ISNIN) 12.00 TENGAH HARI

 


MS