TARIKH IKLAN : 27 JANUARI 2025 (ISNIN)
TARIKH TUTUP PETI : 10 FEBRUARI 2025 (ISNIN) 12.00 TENGAH HARI
PELAWAAN PENJUALAN PELUPUSAN BARANG-BARANG RAMPASAN/ SITAAN RESTORAN, HALANGAN, PENJAJA, PUSAT HIBURAN, SIBER KAFE DAN CAR WASH JABATAN PENGUATKUASAAN MBSJ BIL.4/2024 (JUALAN SISA DAN E-WASTE).
Salam sejahtera dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Pihak tuan/puan adalah dipelawa mengemukakan sebut harga bagi kerja-kerja yang tersebut di atas seperti di lampiran. Sesi melihat barang-barang pelupusan akan diadakan seperti ketetapan berikut :
2.1 | Tarikh Lawatan Tapak | : | 03 FEBRUARI 2025 (ISNIN) |
2.2 | Masa | : | 10.00 pagi *Pihak syarikat diwajibkan menghadiri sesi lawatan tapak dan hadir mengikut masa yang telah ditetapkan. Pihak Majlis tidak akan menerima sebarang tawaran sebut harga daripada syarikat yang tidak hadir semasa sesi diadakan. |
2.3 | Lokasi Berkumpul | : | Stor Barang Rampasan Penguatkuasa TP 2 Jalan TP 2, Taman Perindustrian Uep, 47600 Subang Jaya, Selangor Google Maps: https://goo.gl/maps/LV8H96PZSayCpRew5 |
3. Syarat-syarat dan peraturan yang pihak Majlis telah tetapkan adalah seperti berikut :
i. | Semua aset adalah dijual sebagaimana keadaannya semasa dilihat (as-is-where-is basis). |
ii. | MBSJ tidak bertanggungjawab ke atas aset yang dijual jika berlaku kecurian, kehilangan atau sebaliknya. |
iii. | Semua perbelanjaan berkaitan pembelian aset seperti kos pengangkutan dan lain-lain kos yang terlibat adalah ditanggung oleh pembeli sendiri |
iv. | Pembeli tidak dibenarkan melerai, menanggal atau melakukan apa-apa kegiatan memproses mengambil aset yang dilupuskan di dalam dan berhampiran kawasan depoh. |
v. | Pembeli yang berjaya hendaklah membuat pembayaran penuh dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh surat tawaran dikeluarkan. Sekiranya selepas tempoh tersebut, tiada maklum balas daripada pihak pembeli secara bertulis/emel, pihak pembeli boleh disenarai hitamkan daripada sebarang perolehan di MBSJ. |
vi. | Pembeli yang berjaya hendaklah mengambil aset dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas pembayaran penuh dijelaskan. |
4. Sehubungan dengan itu, sekiranya pihak tuan/puan berminat untuk melaksanakan kerja-kerja tersebut di atas, sila kemukakan dokumen berikut :
4.1 | Sebut harga bagi kerja-kerja tersebut |
4.2 | Salinan sijil SSM |
4.3 | Syarikat yang dilesenkan sebagai Premis Pemerolehan Kembali e-waste (kod lesen SW110) oleh Jabatan Alam Sekitar. |
4.4 | Salinan sijil Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dan kod bidang : |
4.5 | Profil syarikat |
4.6 | Permit Polis |
4.7 | Surat Akuan Pembida Lampiran F. |
5. Semua dokumen yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam ;
Peti Sebut Harga
Jabatan Khidmat Pengurusan, Tingkat 2,
Majlis Bandaraya Subang Jaya,
Persiaran Perpaduan, USJ 5, 47610 Subang Jaya,
Selangor.
TARIKH TUTUP PETI : 10 FEBRUARI 2025 (RABU) 12.00 TENGAH HARI

