Aspirasi YDP

Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) merupakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sentiasa mengutamakan kecemerlangan dalam menguruskan perkhidmatan Perbandarannya sekaligus meletakkan MPSJ sebagai PBT paling cemerlang di Malaysia dan juga Negeri Selangor.

Bagi mendokong hasrat pembinaan sebuah bandar pintar oleh Kerajaan Negeri yang dilengkapi infrastruktur yang mesra wanita, selamat dan sihat, MPSJ sedang dalam usaha mempertingkatkan perkhidmatan dan pembangunan bagi mencapai sasaran sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pertama menjadi bandar mesra wanita di Malaysia seperti cadangan Kerajaaan Negeri.

Melihat kepada demografi wanita dalam perbandaran MPSJ iaitu 43.47% dari jumlah keseluruhan penduduk, Pelan Tindakan Bandar Hijau Mesra Wanita (BHMW) MPSJ telah dibangunkan selari dengan Dasar Wanita Selangor dan telah dirancang secara konstruktif dengan bertemakan nilai keterangkuman (inclusivity) dan pemberdayaan (empowerment) sekaligus menyokong agenda global iaitu Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan New Urban Agenda (NUA).

Pelan Tindakan Bandar Hijau Mesra Wanita (BHMW) MPSJ ini bertujuan untuk memastikan tiada golongan yang tertinggal di dalam perancangan perbandaran dan sentiasa memastikan pembangunan yang dirancang dibuat secara menyeluruh dan holistik dengan mengambil pendekatan untuk memberdayakan komuniti bagi membantu mereka mengatasi cabaran peningkatan kos sara hidup dan kemiskinan bandar terutama untuk golongan B40 dikalangan wanita.

Bagi memastikan kejayaan (BHMW) MPSJ penglibatan dan kerjasama yang rapat dan berterusan dari semua pihak adalah diharapkan dan semoga usaha ini akan dapat

YBrs. TPr. Hajah Noraini binti Haji Roslan
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)


MS