MS

UNIT KAWALAN KACAUGANGGU

Menjalankan aktiviti siasatan dan penguatkuasaan terhadap aduan kacaugangggu menggunakan peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976 di bawah seksyen 82 dan Undang-Undang Kecil yang berkaitan. Pengeluaran lesen anjing di bawah UUK Pelesenan Anjing (MPSJ) 1999. Unit ini juga bertanggungjawab dalam menjalankan tangkapan anjing liar dan pemusnahan sarang lebah/tebuan. 

PANDUAN MEMELIHARA ANJING DI KAWASAN MPSJ


APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN UNTUK MEMELIHARA SEEKOR ANJING DI KAWASAN MPSJ ?
Perlu dapatkan lesen anjing bagi anjing yang berumur 3 bulan ke atas dari Majlis Perbandaran Subang Jaya. 

SYARAT-SYARAT UNTUK MENDAPATKAN LESEN ANJING

Memberikan bukti suntikan pelalian tahunan anjing oleh doktor veterinar yang berdaftar atau Pegawai Haiwan Kerajaan yang masih sah laku. Vaksin adalah untuk  penyakit :

  1. Canine Distemper
  2. Canine Hepatitis
  3. Canine Parvovirus

KADAR BAYARAN LESEN ANJING 
RM10.00 (seekor) bagi anjing yang telah dimandulkan.
RM20.00 (seekor) bagi anjing yang belum dimandulkan

APAKAH TANGGUNGJAWAB PEMUNYA ANJING

  1. Menyelenggara serta mempastikan najis dan air kencing serta air cuciannya tidak mengalir ke halaman jiran terdekat atau jalan awam.
  2. Menyelenggara rumah anjing dan kawasan rumah supaya sentiasa bersih dan bebas daripada kacauganggu bau. 
  3. Mempastikan anjing tidak mengganggu jiran dengan salakan yang tidak henti dan berterusan. 

DI LUAR RUMAH

  1. Anjing hendaklah sentiasa berikat semasa dibawa keluar dari premis.
  2. Memasukkan najis anjing yang dihasilkan di luar premis ke dalam plastik dan dilupuskan dengan cara yang sempurna. (Beg plastik perlu dibawa bersama semasa berada di luar premis).

BERAPA BILANGAN ANJING YANG DIBENARKAN ?

  1. Luas kawasan < 1,000 meter persegi = Tidak melebihi 2 ekor
  2. Luas kawasan > 1,000 meter persegi = 4 ekor maksimaL

TIDAK DIBENARKAN LANGSUNG DI KEDIAMAN BERTINGKAT SEPERTI RUMAH PANGSA, PANGSAPURI, KONDOMINIUM DAN RUMAH KEDAI.

JENIS-JENIS ANJING YANG TIDAK BOLEH DIPELIHARA      

Klik Pautan untuk memuat Turun Buku Panduan Baka Anjing Terhad & Terlarang di Malaysia.


AkitaAmerican Bulldog Dogo Argentino

     

                                    

Japanese Tosa 

Pitt Bull Terrier / Pit Bull (termasuk American Pitt Bull, American Pitt Bull Terrier, American Staffordshire Terrier dan Staffordshire Bull Terrier)


APAKAH YANG TIDAK BOLEH DILAKUKAN OLEH PEMILIK ANJING ?

  1. Membiarkan dan melepaskan anjing merayau di luar kawasan premis pemunya
  2. Membawa anjing bersiar-siar di tempat-tempat awam seperti :
  3. Tempat-tempat tumpuan awam.
  4. Pasar raya.
  5. Rumah ibadat.
  6. Kawasan pejabat.
  7. Sekolah/Kedai.
  8. angkutan awam. Peng

APAKAH TINDAKAN YANG AKAN DIAMBIL JIKA PEMUNYA ANJING ENGKAR ?

  1. Anjing yang berkeliaran tanpa berikat (berlesen atau tanpa lesen) akan ditangkap sekiranya operasi sedang dijalankan tanpa sebarang notis amaran. 
  2. Pihak Majlis berhak menangkap atau mengambil anjing yang dengan sengaja  atau tidak dibawa ke tempat-tempat tumpuan awam, kompleks perniagaan, rumah ibadat, sekolah (kerajaan & swasta), bangunan awam serta lain-lain tempat yang ditetapkan oleh Majlis. Pemunya boleh didenda tidak lebih daripada RM 2,000.00 atau penjara tidak lebih daripada satu tahun atau kedua-duanya sekali (UUK Perlesenan Anjing MPSJ 1998).
  3. Sebarang masalah boleh berhubung terus dengan Hotline Kacauganggu 019-2758624.
Total votes: 0