NOTIS
PEMBERITAHUAN PEMBUKAAN SEMULA PASAR MALAM & PASAR PAGI SEMASA PERINTAH KAWALAN PEMULIHAN (PKPP)

 

MPSJ akan membuka semula aktiviti perniagaan Pasar Malam dan Pasar Pagi secara berperingkat bermula 15 JUN 2020. Sila rujuk jadual pengoperasian pembukaan Semula Pasar Malam Dan Pasar Pagi MPSJ. Setiap Peniaga pasar malam dan pasar pagi perlu mematuhi tarikh pengoperasian yang ditetapkan termasuk bilangan peniaga yang dibenarkan serta lain-lain syarat yang ditetapkan oleh MPSJ seperti di Lampiran 1. Setiap peniaga dan pengunjung dikehendaki mematuhi arahan Prosedur Operasi Standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara dan Majlis Perbandaran Subang Jaya seperti di Lampiran 2.
 

ARAHAN
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA

MUAT TURUN NOTIS PEMBUKAAN SEMULA PASAR MALAM DAN PASAR PAGI MPSJ

MS