MPSJ. SPB. PKP. RK (01)/43//2020
13 OKTOBER 2020

NOTIS
PEMATUHAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT BERKAITAN PENULARAN WABAK COVID-19
(MENGHADKAN KEMASUKAN PELAWAT DI TANAH PERKUBURAN ISLAM USJ 22 SUBANG JAYA)

Merujuk kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuatkuasa pada 14 Oktober 2020 sehingga 27 Oktober 2020 berhubung wabak COVID-19, maka dengan ini dimaklumkan bahawa Pejabat Pengurusan Tanah Perkuburan Islam akan menghadkan kemasukan pelawat.

Bagi aktiviti menziarahi pusara dan aktiviti pengebumian jenazah, jumlah kemasukan bagi setiap aktiviti adalah tidak melebihi daripada 20 orang sahaja bagi satu-satu masa.

Sebarang kemasukan ke kawasan Tanah Perkuburan Islam MPSJ, USJ 22 ini perlu melaksanakan imbasan QR Kod Selangkah dengan merekodkan nama, no kenderaan, no. telefon, masa masuk/keluar setiap masa di pondok keselamatan.

Tarikh berkuatkuasa bermula 14 Oktober 2020 hingga 27 Oktober 2020. 

Sebarang keterangan lanjut atau informasi tambahan boleh hubungi Pusat Panggilan MPSJ (Command Center) di talian 03 80247700 atau layari medium rasmi sosial media MPSJ.

ARAHAN
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA

MS