MPSJ. SPB. PKP. RK (01)/44/2020
13 OKTOBER 2020


NOTIS
PEMATUHAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT BERKAITAN PENULARAN WABAK COVID-19
(MENGHADKAN KEMASUKAN PELAWAT DI BANGUNAN KREMATORIUM MPSJ)


Merujuk kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuatkuasa pada 14 Oktober 2020 sehingga 27 Oktober 2020 berhubung wabak COVID-19, maka dengan ini dimaklumkan bahawa Pejabat Pengurusan Krematorium MPSJ akan menghadkan kemasukan pelawat.

Hanya bagi aktiviti pembakaran / aktiviti mengambil abu mayat sahaja yang akan dibenarkan masuk. Jumlah kemasukan bagi setiap urusan adalah tidak melebihi daripada 5 orang sahaja bagi satu-satu masa.

Sebarang kemasukan ke kawasan Bangunan Krematorium MPSJ ini perlu melaksanakan imbasan QR Kod Selangkah dengan merekodkan nama, no kenderaan, no. telefon, masa masuk/keluar setiap masa di pondok keselamatan.

Tarikh berkuatkuasa bermula 14 Oktober 2020 hingga 27 Oktober 2020.

Sebarang keterangan lanjut atau informasi tambahan boleh hubungi Pusat Panggilan MPSJ (Command Center) di talian 03 80247700 atau layari medium rasmi sosial media MPSJ.

ARAHAN
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA

MS