MPSJ. SPB. PKP. RK (01)/35/2020
4 MEI 2020


NOTIS
PEMATUHAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERKAITAN PENULARAN WABAK COVID-19

(ARAHAN PENUTUPAN TAMAN OLEH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA)

Pada menjalankan kuasa yang diperuntukkan di bawah Undang-Undang Kecil 10 Undang-Undang Kecil Taman (Majlis Perbandaran Subang Jaya) 2005, Majlis dengan ini memberi arahan untuk taman-taman yang disenaraikan berikut ditutup berkuatkuasa serta-merta sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa selaras dengan mana-mana perintah yang dibuat di bawah seksyen 11(2) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

1. Taman Tasik Subang Ria
2. Taman Hutan Bandar USJ 3C
3. Taman Tasik Puchong Perdana
4. Taman Tasik Wawasan
5. Taman Tasik Sri Serdang
6. Taman Tasik Sri Aman
7. Taman Bandar PUJ 4
8. Taman Kejiranan Putra Bistari, Putra Heigths
9. Laman Sukan USJ 1

Sila maklum bahawa arahan penutupan yang dikeluarkan oleh Majlis adalah selaras dengan pengisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 Mac 2020 dan berkuatkuasa sehingga ke satu tempoh yang ditetapkan oleh Majlis. Walau bagaimanapun, taman-taman komuniti di kawasan perumahan selain tamantaman yang disenaraikan di atas adalah dibenarkan penggunaan bagi tempoh dari jam 7.00 pagi hingga 7.00 malam dan mengamalkan penjarakkan sosial 1 meter (social distancing). AMBIL PERHATIAN bahawa mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil ini boleh diperintahkan keluar dari mana-mana taman dan boleh didakwa dan apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau keduaduanya, dan dalam hal sesuatu kesalahan yang berterusan boleh sebagai tambahan didenda tidak melebihi dua ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.



ARAHAN
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA

MS