MS

Pengenalan Local Agenda 21

Local Agenda 21 di MPSJ sebenarnya telah lama diterapkan di dalam pengurusan MPSJ iaitu semenjak tahun penubuhannya pada tahun 1997. Telah banyak program-program yang diatur melibatkan hubungan 2 hala antara pihak MPSJ dan penduduk-penduduk di kawasan pentadbiran MPSJ. Namun begitu istilah LA 21 mula digunakan secara rasmi pada pada tahun 2002. Agenda 21 berasal dari persidangan Earth Summit di Rio De Janeiro pada 1992. LA 21 ialah suatu program untuk masyarakat, sector swasta dan pihak berkuasa tempatan (PBT) bekerjasama untuk merancang dan menguruskan kawasan persekitaran mereka kearah pembangunan mampan dan kualiti hidup yang lebih tinggi. Bab 28 dalam Agenda 21 bertajuk “Usaha Pihak Berkuasa Tempatan Dalam Menyokong Agenda 21” menetapkan supaya PBT melaksankan proses perundingan dengan masyarakat untuk merumuskan “Local Agenda 21” masing-masing. Oleh yang demikian, Local Agenda 21 ialah agenda diperingkat tempatan (peringkat pihak berkuasa tempatan) .

Anda boleh memuat turun Laporan Local Agenda 21 di pautan di bawah :


Total votes: 0