Makluman Kenaikan Harga Kos Tunda Tahun 2019

Berkuatkuasa 2 Januari 2019, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) akan menaikkan kadar kompaun dan kos tundaan kenderaan dari RM 132.00 kepada RM 260.00 untuk semua kenderaan yang didapati melanggar peraturan lalulintas di pentadbiran MPSJ. Keputusan menaikkan kadar kompaun dan tundaan kenderaan ini telah diluluskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan Bil 09/2018 bertarikh 18/10/2018 dan Mesyuarat Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil 10/2018 bertarikh 25 Oktober 2018. 

Pelaksanaan kenaikan kadar bayaran kompaun dan kos tundaan kenderaan ini dilaksanakan bagi tujuan membentuk serta mendisiplinkan masyarakat untuk lebih mematuhi peraturan dan undang-undang Majlis sekaligus ianya dapat mengurangkan permasalahan halangan lalulintas di pentadbiran MPSJ. Berikut adalah kadar bayaran kompaun trafik dan tunda di pentadbiran MPSJ bermula 2 Januari 2019 :


Kadar Bayaran Kompaun Trafik dan Tunda

Perkara

Tahun 2018

Bermula  2 Januari 2019

Kompaun

RM20.00

RM50.00

Tunda

RM100.00

RM200.00

Perkhidmatan

RM2.00

TIADA

Kos Simpanan

RM10.00 (sehari)

RM10.00 (sehari)

Jumlah bayaran

RM132.00

RM260.00

*Jumlah bayaran akan bertambah mengikut bilangan hari kos penyimpanan kenderaan.
Pemilik kenderaan yang ditunda juga perlu menjelaskan bayaran kompaun yang tertunggak (jika ada) sebelum kenderaan dilepaskan.

Sehubungan dengan itu, pihak MPSJ menyeru orang awam yang hadir ke kawasan pentadbiran MPSJ untuk mematuhi peraturan lalulintas yang telah ditetapkan dan meletakkan kenderaan di dalam petak letak kenderaan bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan dikenakan di bawah Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta ) Majlis Perbandaran Subang Jaya 2007 (Pindaan) 2011.

Sebagai makluman, sepanjang tahun 2018 (sehingga November 2018), pihak Majlis telah mengeluarkan sebanyak 6462 Notis Tawaran Kompaun serta tindakan tundaan kenderaan kepada pesalah lalulintas di pentadbiran MPSJ.


AZFARIZAL BIN ABDUL RASHID
Timbalan Pengarah
Jabatan Korporat Dan Pengurusan Strategik    
Majlis Perbandaran Subang Jaya    
Persiaran Perpaduan USJ 5, 47610 Subang Jaya, 
Selangor Darul Ehsan            
Tel: 03-8026 3124  Faks: 03-8026 3166 H/P: 013-2774773
Email:     mpsj@mpsj.gov.my / azfarizal@mpsj.gov.my
www.mpsj.gov.my 

MS