KEMPEN ‘JOM KIBAR, TERIMA KASIH MALAYSIA’

Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mengadakan Kempen `Jom Kibar, Terima Kasih Malaysia’ bermula pada 1 Ogos 2020 sehingga 16 September 2020 bagi memperingati detik bersejarah negara kita mencapai kemerdekaan yang ke-63. 

Kempen ini bertujuan bagi memupuk semangat patriotik dikalangan komuniti sekaligus menjadi platform kepada komuniti untuk menzahirkan ucapan terima kasih kepada negara di dalam kejayaan membendung penularan pandemik Covid-19. 

Objektif pelaksanaan program ini adalah bagi meluaskan aktiviti kempen kibar jalur gemilang diseluruh Perbandaran Subang Jaya bagi meningkatkan semangat kemerdekaan dan cintakan perbandaran dan dalam masa yang sama menyokong Sustainable Development Goal (SDG) yang ke-11 iaitu sustainable and communities. 

Kempen ini dibuka kepada 2 kategori utama iaitu :

i. Kategori Individu 

Semua penduduk di kawasan MPSJ berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah yang menarik. 50 hadiah cabutan bertuah berupa barangan elektrik, gadget dan lain-lain menanti anda untuk dimenangi. ‘Hanya kibarkan satu (1) bendera Malaysia di rumah anda dan kongsikan gambar di sosial media MPSJ berserta #jomkibarmpsj2020 , #mpsjvibrantcity , #malaysiaprihatin


ii. Kategori Komuniti (Kawasan Perumahan/ Kampung Tradisi & Pangsapuri) 

Persatuan penduduk / Joint Management Body (JMB) / Management Community berpeluang memenangi hadiah wang tunai yang ditawarkan. Kibar dan semarakkan jalur gemilang di perumahan / pangsapuri anda. Ikuti syarat-syarat dan kriteria yang ditetapkan. 


TEMPOH MASA PENYERTAAN

KAWASAN PERUMAHAN / KAMPUNG TRADISI

PANGSAPURI

PERTAMA      RM1,000

PERTAMA      RM1,000

KEDUA           RM 800

KEDUA           RM 800

KETIGA          RM 500

KETIGA          RM 500

BILBUTIRANTARIKH
1Kempen Kibar Jalur Gemilang 1 Ogos 2020 – 16 September 2020
2Pendaftaran Peserta 1 Ogos 2020 - 31 Ogos 2020
3Pemeriksaan /  Semakan Juri 1 September 2020 – 9 September 2020
4Majlis Penyampaian Hadiah16 September 2020



SYARAT PENYERTAAN

KATEGORI : (INDIVIDU)

1. Peserta haruslah warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas termasuk kakitangan MPSJ. 

  • Peserta perlu mengibarkan bendera Malaysia di premis / kediaman masing-masing yang  bersaiz 3x6 kaki atau 2x4 kaki sehingga 16 September 2020.
  • Peserta perlu ‘follow’ dan ‘like’ akaun rasmi media sosial MPSJ (Facebook, Instagram, Twitter)  
  • Memuat gambar swafoto berlatar belakang bendera yang dikibarkan 
  • Share’ dan ‘tag’ gambar tersebut di media sosial rasmi MPSJ dengan  #jomkibarmpsj2020, #mpsjvibrantcity, #malaysiaprihatin dan menetapkan kepada mode ‘public’

Facebook    : Majlis Perbandaran Subang Jaya 
Instagram    : mpsubangjaya
Twitter      : @MPSubangJaya

atau mengisi borang penyertaan di pautan berikut :

BORANG PENYERTAAN BAGI KATEGORI INDIVIDU

2. Kirimkan gambar yang menarik dengan resolusi 300 pixel/dpi dan ke atas.

3. Hanya 5 keping gambar sahaja dibenarkan bagi setiap peserta sepanjang pertandingan ini berlangsung.

4. Semua gambar penyertaan hendaklah asli dan pengunaan teknik suntingan ‘superimpose’ adalah tidak dibenarkan.

5. Setiap gambar yang diterima akan menjadi hak milik MPSJ. 

6. MPSJ berhak untuk menerbit, menggunakan gambar yang diterima sebagai bahan untuk tujuan publisiti tanpa sebarang notis kepada peserta. 

7. Gambar penyertaan mestilah diambil di dalam kawasan pentadbiran MPSJ.

8. Pemenang akan dipilih berdasarkan cabutan bertuah.

9. Pemenang  akan diumumkan  melalui media sosial rasmi MPSJ dan keputusan juri adalah muktamad . 

BORANG PENYERTAAN BAGI KATEGORI INDIVIDU


KATEGORI KOMUNITI : (KAWASAN PERUMAHAN / KAMPUNG TRADISI DAN PANGSAPURI)

1. Terbuka kepada semua Jawatankuasa Penduduk / Persatuan Penduduk / Badan Pengurusan Bersama / Perbadanan Pengurusan di kawasan MPSJ.

2. Semarakan kibaran Jalur Gemilang dan rakamkan gambar suasana tersebut di kawasan perumahan / pangsapuri di kawasan masing-masing.

3. Sahkan penyertaan dengan mengisi borang yang disediakan di laman web MPSJ. MUAT TURUN BORANG PENYERTAAN

4. Hantar penyertaan tersebut sebelum 31 Ogos 2020 di alamat emel jomkibarmpsj@mpsj.gov.my

5. Pemenang dikira berdasarkan kepada kriteria berikut: 


BIL.

PERKARA

BUTIRAN

MARKAH (%)

1. 

Taman Perumahan / Kampung Tradisi

1. Kemeriahan Sambutan Bulan Kemerdekaan

30%

2. Kreativiti Dan Menarik

20%

3. Mengunakan Barangan Kitar Semula untuk dijadikan perhiasan

30%

4. Menterjemahkan hari kebangsaan seperti menyediakan slogan atau kata-kata patriotik dalam menaikkan semangat kemerdekaan dan cintakan Negara.

20%

Jumlah Keseluruhan

100%

2.

Pangsapuri MPSJ

1. Kemeriahan Sambutan Bulan Kemerdekaan

40%

2. Keceriaan Pangsapuri Angkat

40%

3. Penglibatan Jabatan MPSJ

20%

Jumlah Keseluruhan

100%


6. ‘Follow’ akaun rasmi media sosial MPSJ (Facebook, Instagram, Twitter).

7. `Share’ dan `tag’ gambar yang dirakam di media sosial rasmi MPSJ dengan #jomkibarmpsj2020, #mpsjvibrantcity, #malaysiaprihatin dan menetapkan kepada mode ‘public’.

Facebook : Majlis Perbandaran Subang Jaya 
Instagram : mpsubangjaya
Twitter      : @MPSubangJaya

8. Semua gambar penyertaan hendaklah asli dan pengunaan teknik suntingan ‘superimpose’ adalah tidak dibenarkan.

9. Setiap gambar yang diterima akan menjadi hak milik MPSJ. 

10. MPSJ berhak untuk menerbit, menggunakan gambar yang diterima sebagai bahan untuk tujuan publisiti tanpa sebarang notis kepada peserta.

11. Gambar penyertaan mestilah diambil di dalam kawasan pentadbiran MPSJ.

12. Pemenang akan diumumkan melalui media sosial rasmi MPSJ dan keputusan juri adalah muktamad.

13. Pemenang akan menerima wang ringgit seperti berikut:
MS