MS

Kompaun Trafik

1. Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) Majlis Perbandaran Subang Jaya 2007

Bil. Tempoh Masa Jumlah Kompaun
1. 1 - 14 hari dari tarikh kompaun RM 20.00
2. 15-30 hari dari tarikh kompaun RM 30.00
3. 31-60 hari dari tarikh kompaun RM 50.00
4. 61 hari ke atas RM 80.00
 

2. Perintah Pengangkutan Jalan (Larangan Kenderaan Berat) Majlis Perbandaran Subang Jaya 2012

JADUAL PERTAMA

1 2 3
Berat dengan muatan melebihi 10,000 kg termasuk lori tangki minyak atau air, lori balak dan treler.

Jalan yang baginya larangan terpakai (Persiaran Tujuan, Persiaran Kewajipan)

Tempoh Larangan
6.30 pagi - 9.30 pagi
4.30 petang - 7.30 malam

 
Bil. Kesalahan Kadar Kompaun
1.
Pemanduan kenderaan berat yang dinyatakan dalam ruang
(1) Jadual Pertama di atas jalan yang dinyatakan di dalam ruang
(2) Jadual Pertama bagi tempoh yang dinyatakan dalam ruang
(3) Jadual Pertama adalah dilarang.
RM 300.00
 

Kompaun Pelbagai

 
Bil. Kesalahan Seksyen / Jenis Kesalahan Jumlah Kompaun
1.
Undang-Undang Kecil
Kesemua kesalahan
RM 1,000
2.
Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)
Kacau ganggu
RM 1,000
Kebersihan
RM 1,000
Lesen
RM 1,000
.
Gagal patuhi notis
RM 500.00
.
Gagal patuhi notis kacau ganggu
RM 1,000
3.
Akta Jalan Parit & Bangunan 1974 (Akta 133)
Halangan
RM 250.00
Ingkar Notis ( Bangunan)
RM 125.00
Salahguna bangunan
RM 12,500
Pengubahsuaian bangunan
RM 12,500
Seksyen 70 (13) memulakan pendirian bangunan tanpa kebenaran, melencong dari pelan yang diluluskan, bangunan bersalahan dengan akta 133 dan/atau tidak patuh perintah atau arahan bertulis Majlis.
RM 25,000
Seksyen 70 (A)(9) kerja tanah
RM 25,000
Seksyen 70 B(15) dan 85 (13) ingkar perintah @ arahan
RM 50,000
Seksyen 71 (gagal mengawal selia bangunan dari/atau kerja tanah)
RM 250,000
4.
Enakmen Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan (Selangor) 1995
-
RM25,000
5.
Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Akta 154) Pindaan P.U.A 280/2002
Seksyen 23
RM 10,000
 

Pembayaran Kompaun

1. Bayaran kompaun hendaklah dibuat di dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis tawaran kompaun.
2. Rayuan adalah di dalam tempoh 60 hari dari tarikh Notis Tawaran Kompaun.
3. Rayuan boleh dibuat di kaunter Bersepadu di ibu pejabat dan kaunter cawangan. Rayuan secara surat-menyurat tidak dibenarkan.
4. Rayuan tidak akan dibenarkan bagi :-

i. Kompaun melebihi 60 hari;
ii. Kesalahan telah di lakukan lebih daripada 3 kali setahun;
iii. Kesalahan di jalan utama/jalan protokol;
iv. Kesalahan di bawah Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133)

Tindakan Mahkamah

1. Tindakan Mahkamah akan diambil ke atas Orang Kena Kompaun yang gagal membuat pembayaran dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Rampasan / Sitaan

1. Pemulangan harta alih hanya akan di buat pada hari Isnin dan Khamis.
2. Kompaun dan lain-lain caj hendaklah dijelaskan sebelum pemulangan barang sitaan.
3. Caj perkhidmatan ialah 10% dari jumlah kompaun akan dikenakan.
4. Caj simpanan (RM10/sehari) akan dikenakan bermula daripada tarikh rampasan
5. Caj simpanan (RM100/1hari) di bawah Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan (Selangor) 1995,) bermula dari tarikh rampasan.
6. Caj simpanan bagi kenderaan yang ditunda ialah RM10 bagi tiga hari yang pertama dan RM10/sehari bagi hari-hari berikutnya.
7. Caj simpanan bagi kenderaan (motorsikal) yang di tunda adalah RM5.00 bagi tiga hari yang pertama dan RM 5.00/sehari bagi hari-hari berikutnya.