TERMA & SYARAT INSENTIF KHAS ONE-OFF RM500 KEPADA PENJAJA/ PENIAGA KECIL BERLESEN TAHUN 2020 DI BAWAH PAKEJ SELANGOR PRIHATIN #COVID19

Permohonan dibuka mulai 8 April 2020
Tempoh 30 hari utk buat permohonan
Tempoh pemprosesan adalah 14 hari bekerja
Permohonan secara online di www.selangorprihatin.com
Setiap peniaga hanya layak membuat permohonan sekali sahaja walaupun mempunyai lebih dari 1 lesen atau permit dari PBT / Majlis yang berbeza

1. Kelayakan Pemohon
a) Semua penjaja/ peniaga kecil yang memiliki lesen/ permit sah tahun 2020 di bawah peruntukan Undang-undang Kecil Penjaja Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor yang diluluskan sehingga 20 Mac 2020 sahaja layak memohon.
b) Setiap penjaja/ peniaga kecil hanya layak memohon sekali sahaja walaupun mempunyai lebih dari 1 lesen/ permit dari PBT/ Majlis yang berbeza.


2. Cara Memohon
a) Pemohonan hendaklah dilaksanakan atas talian (online) di www.selangorprihatin.com bermula 8 April 2020.
b) Setiap permohonan akan menggunakan nombor Kad Pengenalan. Sistem akan reject mana-mana nombor Kad Pengenalan yang telah digunakan sebagai permohonan lengkap.
c) Pemohon yang layak hendaklah mengisi maklumat peribadi termasuk akaun bank.
d) Maklumat pemohon (pemilik lesen/ permit) dan maklumat bank hendaklah individu sama.


3. Perakuan Pemohon
a) Pemohon hendaklah memastikan segala keterangan yang dikemukakan adalah benar, sahih dan tepat. Pihak PBT/ Majlis dan Kerajaan Negeri berhak membatalkan semua lesen/ permit yang dimiliki sekiranya didapati melanggar syarat permohonan yang telah ditetapkan.


4. Tempoh Permohonan/ Penyaluran
a) Permohonan boleh dilaksanakan dalam tempoh 30 hari bermula 8 April 2020.
b) Penyaluran insentif RM500 akan dilaksanakan terus ke akaun bank pemohon dalam 14 hari bekerja dari tarikh permohonan sekiranya maklumat lengkap.


5. Pertanyaan
a) Sebarang pertanyaan boleh dilaksanakan bermula 8 April 2020 seperti berikut:
 isu sistem permohonan hubungi talian 1-800-22-6600 (24 jam) / emel penjaja@selangor.gov.my.
 isu lesen/ permit hubungi talian Jabatan Pelesenan MPSJ Majlis Perbandaran Subang Jaya (9 pagi – 4 petang) : 03-8024 7700


SOALAN-SOALAN LAZIM

1. Soalan: Saya pernah diluluskan lesen/ permit sebagai penjaja/ peniaga kecil di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor sebelum ini namun saya tidak memperbaharui lesen/ permit tersebut pada tahun 2020, adakah saya layak?
Jawapan: Tidak layak. Hanya lesen/ permit yang sah tahun 2020 sahaja layak.

2. Soalan: Sebelum tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, saya melaksanakan perniagaan sebagai penjaja/ peniaga kecil tetapi saya tidak mempunyai lesen/ permit, adakah saya layak?
Jawapan: Tidak layak.

3. Soalan: Saya berniaga kecil-kecilan dan mempunyai lesen/ permit sah tahun 2020, namun apabila saya mengisi nombor Kad Pengenalan, maklumat sistem menunjukkan nombor Kad Pengenalan saya tidak wujud, adakah saya tidak layak dan kenapa?
Jawapan: Hanya pemohon yang memiliki lesen/ permit sah tahun 2020 dari PBT/ Majlis Negeri Selangor di bawah Undang-undang Kecil Penjaja sahaja layak. Disini ada beberapa kemungkinan iaitu:

a) Lesen/ permit pemohon bukan di bawah peruntukan Undang-undang Kecil Penjaja; ATAU
b) Lesen/ permit diluluskan selepas 20 Mac 2020; ATAU
c) Nombor Kad Pengenalan yang didaftarkan di PBT/ Majlis untuk kelulusan lesen/ permit adalah berbeza dengan nombor Kad Pengenalan pemohon.

4. Soalan: Berdasarkan semua syarat, saya layak memohon namun saya tidak mempunyai nombor akaun bank. Bolehkah saya mengisi nombor akaun bank orang lain, contoh ahli keluarga saya?
Jawapan: Tidak boleh. Maklumat akaun bank hendaklah sama dengan maklumat pemilik lesen/permit bagi memastikan bantuan dapat disalurkan terus kepada pemohon yang layak.

5. Soalan: Saya telah mengisi borang dengan lengkap dalam tempoh ditetapkan, namun bantuan RM500 belum diperolehi selepas 14 hari bekerja. Adakah permohonan saya ditolak?
Jawapan: Pemohon hendaklah memastikan maklumat akaun bank sama dengan maklumat pemilik lesen/ permit. Berkemungkinan maklumat akaun bank permohon berbeza ATAU tidak tepat menyebabkan bantuan tidak dapat disalurkan.

6. Soalan: Bolehkah saya menyemak nombor Kad Pengenalan di dalam sistem sebelum 8 April 2020?
Jawapan: Tidak boleh. Sistem akan mula beroperasi pada 8 April 2020.

7. Soalan: Bagaimana boleh saya ajukan sebarang pertanyaan?
Jawapan: Pertanyaan boleh dilaksanakan bermula 8 April 2020 seperti berikut:

a) Isi borang pertanyaan yang disediakan dalam sistem; ATAU
b) Hubungi talian 1-800-22-6600 (24 jam) / emel penjaja@selangor.gov.my; ATAU
c) Hubungi talian PBT/ Majlis (9 pagi – 4 petang) 03-8024 7700


MS