MPSJ Perbandaran "Vibrant"

MPSJ akan terus mengorak langkah membangunkan perbandaran moden ini sebagai sebuah Perbandaran Bestari, Kota Niaga dan Kediaman Idaman bagi mencapai visi dan misi perbandaran berteraskan urus tadbir yang Mesra, Cekap dan Berintegriti. Ia seiring dengan pembangunan Pelan Strategik Perbandaran Subang Jaya 2012 - 2030 dan penjenamaannya sebagai MPSJ Perbandaran "Vibrant"

MPSJ Perbandaran "Vibrant"

The Vibrant City ialah sebuah perbandaran yang hidup (lively) , bersemangat (energetic), mesra (friendly), dan mengekalkan perbandaran hijau (green city).

 

Tagline MPSJ

Perbandaran Bestari, Kota Niaga dan Kediaman Idaman

 

Visi MPSJ

Menjadi PBT terunggul bertaraf antarabangsa berteraskan Perbandaran Bestari, Kota Niaga dan Kediaman Idaman pada 2030. (Pindaan 2/2013).

 

Misi MPSJ

Menguruskan perkhidmatan perbandaran bertaraf antarabangsa ke arah menjadikan perbandaran sejahtera, bestari dan dinamik. (Pindaan 3/2013).

Matlamat MPSJ

Memastikan MPSJ memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam usaha meletakkan Majlis Perbandaran Subang Jaya sebagai perbandaran bestari yang bersih, cantik dan selesa untuk urusan perniagaan, perindustrian dan kediaman.

 

Moto MPSJ

Ke Arah Tadbir Urus Yang Gemilang

 

Slogan Q

Kualiti Teras Budaya Kerja Kami

Teras Strategik MPSJ

Tadbir urus yang terbaik.
Perancangan dan pembangunan bandar yang mampan serta mesra alam.
Pembangunan sosio ekonomi yang pesat.
Mobiliti dan capaian kepada pelanggan dan tempat.
Pembentukan masyarakat madani.

Dasar Kualiti MPSJ

"Kami prihatin dan komited untuk memberikan perkhidmatan yang optimum dan cemerlang kepada seluruh pelanggan menerusi konsep penambahbaikan berterusan berteraskan kepada aplikasi pendekatan sistem pengurusan kualiti yang mantap untuk menjadi sebuah PBT terunggul di Malaysia dari aspek perkhidmatan perbandaran, pengurusan lanskap, percukaian taksiran, kutipan hasil, penguatkuasaan undang-undang, penyelenggaraan infrastruktur, perancangan pembangunan, kemudahan rekreasi dan khidmat kemasyarakatan dengan penuh dedikasi, efisyen dan berintegriti"


MS