MBSJ Bandaraya "Vibrant"

MBSJ akan terus mengorak langkah membangunkan perbandaran moden ini sebagai sebuah Perbandaran Bestari, Kota Niaga dan Kediaman Idaman bagi mencapai visi dan misi perbandaran berteraskan urus tadbir yang Mesra, Cekap dan Berintegriti. Ia seiring dengan pembangunan Pelan Strategik Perbandaran Subang Jaya 2012 - 2030 dan penjenamaannya sebagai MBSJ Bandaraya "Vibrant"


MBSJ Bandaraya "Vibrant"

The Vibrant City ialah sebuah perbandaran yang hidup (lively) , bersemangat (energetic), mesra (friendly), dan mengekalkan perbandaran hijau (green city).


Tagline MBSJ

Perbandaran Bestari, Kota Niaga dan Kediaman Idaman

Visi MBSJ

Menjadi PBT terunggul bertaraf antarabangsa berteraskan Perbandaran Bestari, Kota Niaga dan Kediaman Idaman pada 2030. (Pindaan 2/2013).

Misi MBSJ

Menguruskan perkhidmatan perbandaran bertaraf antarabangsa ke arah menjadikan perbandaran sejahtera, bestari dan dinamik. (Pindaan 3/2013).

Matlamat MBSJ

Memastikan MBSJ memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam usaha meletakkan Majlis Bandaraya Subang Jaya sebagai perbandaran bestari yang bersih, cantik dan selesa untuk urusan perniagaan, perindustrian dan kediaman.

Teras Strategik MBSJ

Tadbir urus yang terbaik.
Perancangan dan pembangunan bandar yang mampan serta mesra alam.
Pembangunan sosio ekonomi yang pesat.
Mobiliti dan capaian kepada pelanggan dan tempat.
Pembentukan masyarakat madani.

Dasar Kualiti MBSJ

"Kami prihatin dan komited untuk memberikan perkhidmatan yang optimum dan cemerlang kepada seluruh pelanggan menerusi konsep penambahbaikan berterusan berteraskan kepada aplikasi pendekatan sistem pengurusan kualiti yang mantap untuk menjadi sebuah PBT terunggul di Malaysia dari aspek perkhidmatan perbandaran, pengurusan lanskap, percukaian taksiran, kutipan hasil, penguatkuasaan undang-undang, penyelenggaraan infrastruktur, perancangan pembangunan, kemudahan rekreasi dan khidmat kemasyarakatan dengan penuh dedikasi, efisyen dan berintegriti"
MS