Bendera MPSJ


RASIONAL REKABENTUK

Bersifat nyata dan fokus serta ketegasan dalam melaksanakan tanggungjawab dan merealisasikan setiap hala tuju MPSJ.

BIRU

Melambangkan perpaduan warga kerja yang berbilang kaum, agama dan bangsa bersatu di bawah satu pentadbiran yang sentiasa berhala tuju, bersemangat terbuka dalam setiap pembaharuan.

HIJAU

Melambangkan keharmonian dan kesejahteraan kehidupan dalam mengimbangi keperluan alam dan semesta serta pemeliharaan ora fauna merangkumi pembangunan persekitaran beriringan.

MERAH

Melambangkan semangat sentiasa membara, berdaya maju dan persaingan sihat di bawah matlamat yang jitu dalam mewarnai kehidupan bertenaga.

PUTIH

Melambangkan keikhlasan, kejujuran dan integriti setiap warga kerja dan pentadbiran dalam melaksanakan tanggungjawab dan kehidupan semasa.


MS