OBJEKTIF ORGANISASI

Bertanggungjawab di atas perancangan kawasan dan pengawalan pembangunan mencapai matlamat yang di rancangkan.

Bertanggungjawab membuat dasar berkenaan dengan perancangan dan pembangunan tanah dan bangunan di dalam kawasannya.

Merancang dan melaksanakan program-program pembangunan sosio-ekonomi dengan koordinasi, bantuan serta kerjasama Kerajaan Persekutuan.

Memastikan semua bangunan yang dibina mengikut keperluan Undang-undang Bangunan dan mematuhi garis panduan fizikal yang ditetapkan.

Memastikan perancangan dan pelaksanaan projek-projek pembangunan dan penyelenggaraan infrastuktur dalam keadaan terbaik untuk kemudahan dan keselesaan awam.

Mewujudkan sistem percukaian dan sewaan yang adil melalui penilaian dan pengurusan harta yang berkesan dan ‘reliable’.

Memastikan perkhidmatan perbandaran pada tahap yang terbaik melalui proses pen yeliaan yang cekap dan berkesan.

Memastikan kawasan persekitaran Majlis Perbandaran Subang Jaya mempunyai landskap yang cantik di samping penjagaan taman rekreasi dan padang permainan yang diselenggara dengan baik.

MS