PENILAIAN & PENGURUSAN HARTA
Nama Jabatan / Bahagian | Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta |
Nama Ketua Jabatan / Bahagian | Pn. Hjh. Aida Bt Omar |
Tel Jabatan | 03-80263118 |
No Faks Jabatan | 03-80240934 |
E-mel Jabatan | aida@mbsj.gov.my |
FUNGSI JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA
1. | Melaksanakan pengurusan pentadbiran, penyediaan Senarai Nilaian dan proses-proses berkaitan Penyediaan Cukai Taksiran mengikut peruntukan bahagian XV, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). |
2. | Menjalankan kerja-kerja penilaian ke atas harta-harta milik Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Badan-badan Berkanun bagi menuntut Sumbangan Membantu Kadar (SMK). |
3. | Mengurus permohonan tanah bagi pihak Majlis untuk tujuan pemberimilikan, lesen pendudukan sementara, pewartaan dan sebagainya. |
4. | Mengurus penyewaan aset Majlis meliputi medan selera/gerai, pasar awam, tanah dan bangunan milik Majlis serta tapak paparan iklan dalam kawasan pentadbiran MBSJ. |
5. |
Mengurus aset-aset milik Majlis dari aspek penyelenggaraan kebersihan, insurans, penyediaan bekalan dan perkhidmatan serta pengurusan utiliti supaya dapat digunakan dengan selamat dan selesa. |
PIAGAM PELANGGAN JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA
BIL. | ELEMEN PIAGAM PELANGGAN | TEMPOH MASA |
1 | Meminda dan menguatkuasakan Cukai Taksiran ke atas pegangan berkadar mengikut peruntukan Seksyen 144, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). | 3 bulan dari tarikh pengeluaran Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (Borang F) dan Sijil Layak Menduduki (CF). |
2 | Mencetak dan menguruskan penghantaran Notis Pindaan Senarai Nilaian kepada pemilik harta yang terlibat. | Tidak kurang dari 30 hari sebelum tarikh kuatkuasa Cukai Taksiran. |
3 | Mengadakan Mesyuarat Pendengaran Bantahan selepas Notis Pindaan kepada Senarai Nilaian dikeluarkan kepada pemilik harta. | 2 kali setahun. |
4 | Mengeluarkan surat keputusan bantahan kepada pemilik harta yang berkaitan. | 14 hari dari tarikh Mesyuarat Penuh MBSJ. |
5 | Mengeluarkan Surat Akuan Penerimaan. | 3 Hari Bekerja. |
6 | Menyiasat dan mem-beri maklum balas semua jenis aduan. | 10 hari bekerja dari tarikh aduan diterima. |
7 | Penyediaan Borang A dan Borang B selepas terima maklumat Perakuan Siap dan Pematuhan (Borang F) dan menyerahkannya kepada agensi kerajaan berkaitan bagi tujuan pengesahan tarikh penghunian / menduduki harta tersebut. Agensi kerajaan tersebut perlu melengkapkan Borang B dan serahkan kembali kepada pihak MBSJ. | 30 hari dari tarikh terima maklumat. |
8 | Menyediakan dan menyerahkan Borang C serta maklumat-maklumat penilaian harta kepada Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta Negeri Selangor bagi tujuan pengesahan nilaian Sumbangan Membantu Berkadar (SMK). | Sebelum 30 November tahun penilaian Sumbangan Membantu Kadar (SMK). |
9 | Membuat tuntutan Sumbangan Membantu Kadar (SMK) kepada agensi berkaitan selewat-lewatnya sebelum 28 Februari tahun tuntutan. | Sebelum 28 Februari tahun tuntutan. |
10 | Mengemukakan permohonan hal-hal yang berkaitan tanah yang lengkap kepada agensi. | 14 hari bekerja dari terikh permohonan lengkap diterima. |
11 | Mengeluarkan surat jawapan keputusan permohonan penyewaan kepada pemohon. | 7 hari bekerja dari tarikh Mesyuarat Penuh MBSJ. |
12 | Mengeluarkan bil tuntutan kepada penyewa setiap bulan. | Sebelum 30hb pada setiap bulan. |
13 | Menjalankan lawatan pemeriksaan tapak aset Majlis bagi mengawal selia kerja-kerja pembersihan oleh kontraktor yang dillantik. | 4 kali sebulan. |
14 | Memanjangkan aduan kerosakan aset-aset Majlis di bawah seliaan JPPH kepada Jabatan Kejuruteraan. | 10 hari bekerja dari tarikh aduan diterima. |
15 | Mengeluarkan Surat Akuan Penerimaan. | 3 hari bekerja. |