KEJURUTERAAN
Nama Jabatan / Bahagian | Jabatan Kejuruteraan |
Nama Ketua Jabatan / Bahagian | Ir. Rosli Bin Mohammad Yunus |
Tel Jabatan | 03 - 8026 3292 |
No Faks Jabatan | 03 - 80240251 |
E-mel Jabatan | - |
FUNGSI JABATAN
1. | Pengurusan kawalan pembangunan infrastruktur daripada proses pengemukaan pelan sehinggalah pengesahan siap kerja di tapak. |
2. | Pengurusan projek pembangunan dan penyelenggaraan jalan, perparitan dan lampu jalan daripada proses pengukuran di tapak sehinggalah pengesahan siap kerja oleh sub kontraktor bina. |
3. | Pengurusan projek pembangunan dan penyelenggaraan kemudahan awam dan harta- harta Majlis seperti projek Kompleks Kemudahan Kemasyarakatan (3K), Kompleks Sukan, Perpustakaan, Galeri, Pasar, Dewan, Balai Masyarakat, Bazaar, Gerai dan Medan Selera. |
4. | Pengurusan projek pembangunan dan penyelenggaraan perabot-perabot jalan seperti papan tanda, lampu isyarat, garisan-garisan jalan dan bonggol jalan. |
5. | Pengurusan pembangunan projek-projek khas untuk persimpangan bertingkat dan pembesaran jalan-jalan di dalam kawasan Majlis. |
6. | Memantau pembangunan dan penyelenggaraan utiliti dan infrastruktur. |
7. | Mengulas isu berkenaan struktur retak dan geoteknikal. |
8. | Memantau dan menyelesaikan sebarang isu berkaitan pencemaran akibat dari aktiviti letupan (blasting), kerja tanah atau pemasangan cerucuk. |
9. | Pemantauan dan perancangan untuk menangani banjir. |
10. | Menguruskan isu-isu dan masalah teknikal yang berkaitan dengan projek-projek pembangunan dan penyelenggaraan dalam kawasan MPSJ. |
11. | Pengurusan proses pengeluaran permit korek jalan dan kerja-kerja pemantauan. |
12. | Pengurusan 'Unit Pekerja Rendah Awam' untuk penampalan jalan-jalan yang rosak, mengecat jalan dan pemasangan papan tanda. |
13. | Pengurusan penyediaan dan penyemakan draf anggaran kerja, kadar harga dan senarai bahan untuk semua projek-projek kejuruteraan termasuk projek tender, sebutharga dan kerja segera. |
PIAGAM PELANGGAN JABATAN KEJURUTERAAN
Bil. |
Elemen Piagam Pelanggan |
Tempoh Masa |
1. |
Siasatan/Tindakan Aduan Jalan Berlubang |
3 Hari |
2. |
Siasatan/Tindakan Aduan Kerosakan Lampu Isyarat |
24 Jam |
3. |
Siasatan/Tindakan Aduan Kerosakan Lampu Jalan |
3 Hari |
4. |
Siasatan/Tindakan Kerosakan Parit |
10 Hari |
5. |
Siasatan/Tindakan Aduan Hakisan/Runtuhan Cerun |
14 Hari |
6. |
Kelulusan Permit Korekan Jalan |
5 Hari |
7. |
Semakan Pelan Jalan, Perparitan dan Lampu Jalan |
14 Hari |
8. |
Permohonan Pelan-Pelan Kerja Tanah |
14 Hari |
9. |
Mengeluarkan Surat Akuan Penerimaan |
3 Hari |
MS