INFO JABATAN

 Nama Jabatan / Bahagian Jabatan OSC
 Nama Ketua Jabatan / Bahagian Cik Rozdiana Binti Mohd Rosmi
 Tel Jabatan  03 - 8026 3276
 No Faks Jabatan  03 - 8026 3295
 E-mel Jabatan -

FUNGSI JABATAN

 1.
Melibatkan permohonan pembangunan tanah (serentak pecah sempadan dan tukar syarat serta penyerahan dan pemberimilikan semula), kebenaran merancang, pelan bangunan dari pemohon ke Pejabat Tanah dan jabatan-jabatan dalaman dalaman MPSJ serta jabatan/ agensi teknikal luaran yang berkaitan
 2.
Mengedarkan keputusan rasmi perakuan Mesyuarat Jawatankuasa OSC kepada Agensi Teknikal berkaitan dan Pentadbir Tanah Daerah
 3.
Memaklumkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa OSC kepada Mesyuarat Majlis Penuh, MPSJ
 4.
Menyediakan laporan rekod-rekod permohonan.
 5.
Mengkaji & menganalisa masalah permohonan yang diterima & membuat syor penambahbaikan bagi mempertingkatkan pelaksanaan OSC.
 6.
Melapor status pemohonan ke Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan dan Kerajaan Negeri.

PIAGAM PELANGGAN JABATAN OSC

BIL PERKARA TEMPOH MASA
1. Mengeluarkan borang B2 dalam tempoh 2 hari (hari bekerja) dari tarikh borang B1 (edaran ke jabatan teknikal yang memberi ulasan) Dalam tempoh 2 hari (bekerja) dari tarikh borang B1
2. Tempoh memproses permohonan pembangunan yang perlu dibawa bagi pertimbangan keputusan jawatankuasa urusetia pusat setempat (OSC):
- Pertimbangan kelulusan bagi permohonan serentak (permohonan kebenaran merancang, permohonan infrastruktur, permohonan pelan bangunan dan permohonan pelan landskap)
- Permohonan kelulusan pembangunan secara serentak di bawah seksyen 124A & 204D (KTN 1965)
- Permohonan kelulusan kebenaran merancang untuk pendirian bangunan
- Permohonan kelulusan kebenaran merancang untuk pelan pembangunan
- Permohonan kebenaran merancang membuat perubahan material/matan kegunaan tanah
- Permohonan kebenaran merancang membuat perubahan material/matan kegunaan bangunan
- Permohonan pelanjutan kebenaran merancang
- Permohonan nama taman, nama bangunan dan pelan alamat (nama jalan dan nombor bangunan)
- Permohonan kelulusan kerja tanah
- Permohonan kelulusan pelan bangunan dan pindaan kepada pelan kelulusan bagi bangunan baru dan tambahan / ubahsuaian bangunan bukan kediaman
30 Hari
- Permohonan kelulusan sijil layak menduduki
- Permohonan kelulusan lanjutan tempoh kelulusan
- Permohonan kelulusan pelan landskap
14 Hari
3. Tempoh memproses permohonan pembangunan yang perlu dibawa bagi pertimbangan keputusan mesyuarat teknikal pelan:
- Pemohonan kelulusan pelan bangunan dan pindaan kepada pelan kelulusan bagi bangunan baru dan tambahan / ubahsuaian bangunan bukan kediaman dengan syarat permohonan lengkap 21 Hari
- Permohonan lampu jalan/ lampu isyarat dan lampu taman
- Permohonan pelan jalan dan perparitan
30 Hari
4. Mengeluarkan notifikasi peringatan kepada jabatan teknikal (yang memberi ulasan) dalam tempoh 14 hari (hari bekerja) dari tarikh borang B2 dikeluarkan 14 Hari
5. Mengeluarkan makluman keputusan permohonan kepada pemohon dalam tempoh 7 hari (hari bekerja) selepas Mesyuarat JK OSC / Mesyuarat Teknikal Pelan 7 Hari Bekerja
MS