INFO JABATAN

 Nama Jabatan / Bahagian Jabatan OSC
 Nama Ketua Jabatan / Bahagian Cik Rozdiana Binti Mohd Rosmi
 Tel Jabatan  03 - 8026 3276
 No Faks Jabatan  03 - 8026 3295
 E-mel Jabatan -

FUNGSI JABATAN

 1.
Melibatkan permohonan pembangunan tanah (serentak pecah sempadan dan tukar syarat serta penyerahan dan pemberimilikan semula), kebenaran merancang, pelan bangunan dari pemohon ke Pejabat Tanah dan jabatan-jabatan dalaman dalaman MPSJ serta jabatan/ agensi teknikal luaran yang berkaitan
 2.
Mengedarkan keputusan rasmi perakuan Mesyuarat Jawatankuasa OSC kepada Agensi Teknikal berkaitan dan Pentadbir Tanah Daerah
 3.
Memaklumkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa OSC kepada Mesyuarat Majlis Penuh, MPSJ
 4.
Menyediakan laporan rekod-rekod permohonan.
 5.
Mengkaji & menganalisa masalah permohonan yang diterima & membuat syor penambahbaikan bagi mempertingkatkan pelaksanaan OSC.
 6.
Melapor status pemohonan ke Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan dan Kerajaan Negeri.

PIAGAM PELANGGAN JABATAN OSC

 BIL  PERKARA  TEMPOH MASA
Kami berjanji untuk memproses permohonan Kelulusan Pelan Bangunan dan Sijil Layak Menduduki mengikut Garis Panduan OSC KPKT dan memastikan projek-projek rekabentuk Majlis dibina mengikut spesifikasi yang ditetapkan bagi memenuhi kehendak pelanggan dan kakitangan Majlis.
1.
Permohonan kelulusan kebenaran merancang untuk pendirian bangunan
30 Hari *
2.
Permohonan kelulusan kebenaran merancang untuk pelan pembangunan
30 Hari *
3.
Permohonan kebenaran merancang membuat perubahan matan kegunaan tanah
30 Hari *
4.
Permohonan kebenaran merancang membuat perubahan matan kegunaan bangunan
30 Hari *
5.
Permohonan perlanjutan kebenaran merancang
30 Hari *
6.
Permohonan pengesahan pelan pra-perhitungan
14 Hari *
7.
Permohonan nama taman, nama bangunan dan pelan alamat (nama jalan dan nombor bangunan)
30 hari
8.
Permohonan kelulusan penukaran penukaran nombor bangunan
14 hari
9.
Permohonan kelulusan pembangunan tanah secara serentak
92 - 142 hari
10.
Permohonan kelulusan kerja tanah
30 hari **
11.
Permohonan kelulusan pelan jalan, perparitan dan lampu jalan
14 hari
12.
Permohonan kelulusan pelan bangunan dan pindaan kepada pelan kelulusan bagi bangunan baru dan tambahan/ubahsuaian bangunan bukan kediaman
14 - 30 hari
13.
Permohonan kelulusan sijil layak menduduki
14 hari
14.
Permohonan kelulusan pelan/pindaan kepada pelan kelulusan bagi tambahan/ubahsuian rumah kediaman sediada
14 - 30 hari
15.
Permohonan kelulusan lanjutan tempoh kelulusan
14 hari
16.
Permohonan kelulusan permit sementara pembinaan dan struktur telekomunikasi
14 hari
17.
Permohonan kelulusan permit sementara pembinaan papan iklan (billboard dan unipole) dan permit sementara perniagaan
14 hari
18.
Permohonan kelulusan pelan landskap
14 hari
19.
Penerimaan perakuan berperingkat (Borang G1-G21) dan perakuan penyiapan dan pematuhan (CCC) Borang F
10 hari
*Sekiranya terdapat bantahan awam tempoh kelulusan dilanjutkan sehingga 62 hari
**Setelah mendapat kelulusan Jabatan Teknikal Luaran
MS