MS

UNIT INTEGRITI

BIL

SOALAN

JAWAPAN

1.

Apakah peranan/fungsi utama Unit Integriti MBSJ?

  • Unit Integriti MBSJ telah ditubuhkan secara rasmi pada 2 Januari 2015 di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 iaitu Penubuhan Unit Integriti di semua agensi awam yang berperanan untuk menyepadukan semua pengurusan hal-hal yang berkaitan dengan integriti di bawah sebuah unit yang khusus supaya inisiatif-inisiatif penginstitusian integriti, pencegahan, pematuhan, pengesanan salah laku dan tindakan punitif dapat dilaksanakan dengan cara yang lebih fokus, terancang, efisen dan mencapai keberhasilan yang optimum.
  • Unit Integriti bertanggungjawab untuk melaksanakan enam (6) fungsi teras seperti berikut:
  • Tadbir Urus

Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan.

  • Pengukuhan Integriti.

Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi.

  • Pengesanan dan Pengesahan.

Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil dan;
Melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab.

  • Pengurusan Aduan.

Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan / maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi.

  • Pematuhan.

Memastkan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa.

  • Tatatertib.

Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib.

2.

Apakah tindakan akan dilakukan jika menerima aduan atau video viral mengenai salah laku pekerja MBSJ? Adakah aduan rasmi perlu dibuat atau unit Integriti boleh mengambil tindakan berdasarkan video yang viral?

Jika menerima aduan atau video viral mengenai salah laku pekerja MBSJ, Unit Integriti akan menjalankan tindakan siasatan ke atas aduan atau video viral tersebut. Unit Integriti boleh mengambil tindakan tanpa perlu aduan rasmi dibuat.

3.

Bagaimanakah proses penyiasatan akan dilakukan?

Proses siasatan dilakukan mengikut kepada Prosedur Pengurusan Aduan Integriti, Tadbir Urus dan Antirasuah yang didokumen dalam ISO 37001:2016 (ABMS) Sistem Pengurusan Antirasuah. Key Performance Indicator (KPI)yang ditetapkan di dalam prosedur adalah pemakluman penerimaan aduan dalam tempoh 1 hari bekerja kepada pengadu yang mempunyai maklumat lengkap sahaja.

4.

Apakah aduan kebiasaan terhadap staf majlis (contoh: salah laku jenayah/ menerima rasuah/ bersikap biadap/ tidak profesional/ ponteng kerja)? Sila senaraikan 5 atau 10 teratas.

Berikut adalah beberapa jenis aduan yang boleh dilaporkan :

  • Rasuah
  • Tuntutan Palsu
  • Penipuan
  • Salah Guna Kuasa
  • Pelanggaran Undang-undang, peraturan dan tatatertib
  • Penyebaran maklumat rahsia tanpa kebenaran

5.

Apakah jenis tindakan yang diambil jika seorang staf didapati tidak bersalah atau bersalah?

Sekiranya seorang Pegawai/Kakitangan MBSJ didapati bersalah, tindakan Tatatertib akan diambil ke atas Pegawai/Kakitangan tersebut dengan merujuk Kaedah-Kaedah Pegawai Majlis Bandaraya Subang Jaya (Kelakuan dan Tatatertib) 2023 dimana Pegawai/Kakitangan boleh dikenakan hukuman paling ringan iaitu amaran dan hukuman-hukuman lain sehingga tindakan dibuang kerja.
Seorang Pegawai/Kakitangan akan dibebaskan daripada sebarang tindakan sekiranya didapati tidak bersalah. Walaubagaimanapun, tindakan secara pentadbiran dan penambahbaikan akan dilaksanakan bagi menangani isu pelanggaran tatakelakuan tersebut.

6.

Adakah terdapat tempoh masa siasatan bagi aduan terhadap staf?

Proses siasatan aduan dijalankan mengikut Prosedur Pengurusan Aduan Integriti, Tadbir Urus dan Antirasuah dan prosedur tidak meletakkan tempoh masa siasatan. Walaubagaimanapun, maklum balas aduan akan dikemukakan terus kepada pengadu sejurus tindakan diambil.

7.

Bagaimanakah orang awam boleh membuat aduan salah laku pekerja majlis? Adakah mereka akan dimaklumkan berkenaan maklumbalas aduan tersebut?

Aduan Salah Laku Pekerja MBSJ boleh disalurkan melalui saluran aduan berikut:

  • Scan QR Code Aduan Integriti yang dipaparkan di Laman Web Rasmi MBSJ.
  • Emel rasmi Unit Integriti iaitu integriti@mbsj.gov.my
  • Hadir Ke Unit Integriti, beralamat:

Unit Integriti, Majlis Bandaraya Subang Jaya,
Aras 1, Persiaran Perpaduan,
47610 Subang Jaya, Selangor.

  • No. Telefon : 03 ‑ 8026 4070 / 4073 / 4074
  • Mengisi Borang Pendedahan Kelakuan Tidak Wajar di bawah Akta 711 dan menghantar terus borang kepada pegawai yang diberi kuasa untuk menerima aduan atau pendedahan mengenai kelakuan tidak wajar iaitu:
    a. Puan Nik Zalina binti Megat Muda, CeIO (03 ‑ 8026 7417)
    b.    Puan Emilia binti Nasir, CeIO (03 - 8026 3125)
  • Saluran ‘Whatsapp Jabatan’ (0193647823). 

8.

Apakah arahan kerajaan negeri atau persekutuan berkenaan pemberian hadiah, penganjuran atau menghadiri acara dan penajaan luaran bagi program perkhidmatan awam? Adakah terdapat jumlah minimum atau adakah hadiah/acara/penajaan tersebut perlu diisytiharkan tanpa mengira nilainya?

Sebarang Pengurusan Pemberian Hadiah MBSJ adalah merujuk Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian UP.7.2.5: Pengurusan Penerimaan Atau Pemberian Hadiah, Keraian dan Tajaan Dalam Perkhidmatan Awam.

9.

Jika peranan unit termasuk memastikan tadbir urus terbaik, bolehkah anda memberikan contoh amalan yang sedang/telah yang dijalankan?

Terdapat beberapa aktiviti telah dijalankan di bawah Pengukuhan Integriti. Diantaranya adalah:

  • Kerjasama bersama Rakan Strategik MBSJ:
  • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
  • SPRM Putrajaya
  • SPRM Selangor
  • SPRM Melaka
  • Institut Integriti Malaysia (IIM)
  • Polis DiRaja Malaysia (PDRM)
  • IPD Subang Jaya
  • IPD Serdang
  • IPD Melaka Tengah
  • IPK Melaka
  • Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)
  • AADK Selangor
  • AADK Petaling
  • Pusat Latihan Antidadah Kebangsaan (PLAK)
  • Pusat Pemulihan Narkotik (PUSPEN)
  • PUSPEN Jelebu, Negeri Sembilan.
  • PUSPEN Karak, Pahang.
  • Jabatan Penjara Malaysia
  • Penjara Kajang
  • Penjara Dusun Dato’ Murad, Melaka.
  • Unit Integriti Agensi.
  • SUK Selangor
  • PBT-PBT Selangor
  • DBKL
  • MB Kuantan
  • MB Ipoh
  • MP Manjung
  • Deklarasi kepentingan / Integriti Pact
  • Klausa kesalahan rasuah dalam dokumen tawaran sebut harga
  • Hebahan info integriti dalam bentuk poster dan screen saver
  • Sistem Pengurusan Audit Nilai (SPAN)
  • Program Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD)
  • Ujian Saringan Dadah Dalam Air Kencing
  • Pensijilan Ujian Saringan & Pengujian Dadah oleh AADK.
  • Taklimat Bahaya Dadah
  • Bengkel Antidadah
  • Taklimat Polisi Antirasuah MBSJ
  • Bengkel Pencegahan Jenayah & Antirasuah
  • Antirasuah
  • Antiscam
  • Gangguan Seksual
  • Kajian Keberkesanan program-program yang dilaksanakan.
  • Menyertai Anugerah Integriti, Governan dan Antirasuah (AIGA)
  • Pencapaian Perak Tahun 2022
  • Pencapaian EMAS Tahun 2023
  • Program Pembangunan Integriti Dalam Komuniti / Community Integrity Building (CIB)
  • Taklimat Integriti Kepada Kontraktor
  • Sambutan Bulan Integriti
  • Program Mimbar Madani (Kerohanian)
  • Program Integriti Champion

10.

Bagaimana unit ini memainkan peranan dalam memastikan majlis tempatan menjalankan tanggungjawabnya dengan berkesan?

Unit Integriti berperanan untuk menyepadukan semua pengurusan hal-hal yang berkaitan dengan integriti di bawah sebuah unit yang khusus supaya inisiatif-inisiatif penginstitusian integriti, pencegahan, pematuhan, pengesanan salah laku dan tindakan punitif dapat dilaksanakan dengan cara yang lebih fokus, terancang, efisen dan mencapai keberhasilan yang optimum selaras dengan Pelan Antirasuah Majlis Bandaraya Subang Jaya 2022-2026, Pelan Pengurusan Risiko Rasuah (CRM), Pengurusan ISO 37001:2016 (ABMS), dan Semakan wajar/ketekunan wajar (due diligence).