1. Apakah promosi yang sedang ditawarkan bagi tahun 2023 ?
• Rebat RM 15.00
2. Dimanakah urusniaga pembayaran dapat dilakukan?
Saluran bayaran yang layak menerima rebat RM 15 adalah seperti berikut :
• EzyMBSJ
• Aplikasi mobile Ezypay
• E-Masspro
• Mesin Kios (pembayaran secara Kad Kredit dan E-Wallet sahaja sahaja)
3. Siapakah yang layak untuk menerima rebat ini?
• Pelanggan perlu menjelaskan bil bagi penggal pertama dan kedua 2023 melalui saluran bayaran yang dinyatakan.
4. Berapakah tempoh masa yang diambil oleh MBSJ untuk mengemaskini bayaran?
• Rebate akan dikreditkan melalui pelarasan akaun terus kepada akaun cukai taksiran pelanggan Penggal Pertama 2024.
5. Apakah had untuk bilangan akaun cukai taksiran bagi setiap individu?
• Tiada had bilangan akaun. Semua pelanggan yang mempunyai akaun cukai taksiran layak menerima rebate ini.
6. Saya mempunyai tunggakan cukai. Adakah saya layak menerima rebat ini?
• Pelanggan yang mempunyai tunggakan perlu menjelaskan semua tunggakan beserta dengan bil bagi tahun 2023 untuk layak menerima rebat ini.
7. Jika saya membuat bayaran melalui perbankan internet, adakah saya layak menerima rebat ini?
• Tidak
8. Saya telah membuat pembayaran pada Disember 2022 bagi bil penggal pertama 2023, adakah saya layak menerima rebat?
• Ya,pelanggan layak menerima rebate sekiranya bayaran bagi penggal kedua di buat sebelum 31 Mac 2023.
9. Saya telah membuat bayaran penggal pertama pada Januari 2023 secara tunai di kiosk MBSJ, adakah saya layak menerima rebate sekiranya bayaran kedua dibuat pada kiosk menggunakan kad kredit?
• Ya, pelanggan layak menerima rebate sekiranya pembayaran kedua adalah melalui saluran yang ditetapkan
10. Saya telah membuat bayaran melalui tunai bagi penggal pertama dan kedua 2023 di kiosk bayaran. Adakah saya layak menerima rebate ini?
• Tidak.
11. Saya adalah pihak pemaju. Adakah saya layak menerima rebate ?
• Ya, sekiranya pemaju menjelaskan bayaran bagi penggal satu dan dua 2023.
12. Saya membuat bayaran tanpa log in di portal My@MBSJ. Adakah saya layak menerima rebate?
• Ya, pelanggan layak menerima rebet..
13. Bilakah tarikh akhir bayaran perlu dibuat bagi melayakkan saya menerima rebate?
• Bayaran perlu dibuat sebelum 31 Mac 2023
14. Akaun saya berbaki kredit (lebihan bayaran). Adakah saya layak menerima rebate?
• Ya
15. Bagaimanakah saya ingin menyemak rebate saya. ?
• Pelanggan boleh menyemak melalui penyata bermula September 2023.