MS

Adakah perlu membuat pemilihan semula anggota jawatankuasa pengurusan setiap kali mesyuarat agung tahunan diadakan?

Adakah perlu membuat pemilihan semula anggota jawatankuasa pengurusan setiap kali mesyuarat agung tahunan diadakan? Ya perlu, semua anggota jawatankuasan pengurusan hendaklah bersara daripada memegang jawatan di akhir mesyurat agung tahunan yang berikutnya. Seseorang anggota jawatankuasa pengurusan yang bersara layak bagi pemilihan semula tertakluk kepada tempoh yang dinyatakan di atas (Soalan 9). Permalink

Berapa lamakah tempoh memegang jawatan bagi pengerusi, bendahari, setiausaha dan anggota jawatankuasa biasa?

Berapa lamakah tempoh memegang jawatan bagi pengerusi, bendahari, setiausaha dan anggota jawatankuasa biasa? Untuk jawatan pengerusi, bendahari dan setiausaha, tempoh memegang jawatan tidak boleh melebihi 2 tahun berturut-turut. Manakala bagi anggota biasa jawatankuasa pengurusan pula, tidak melebihi 3 tempoh berturut-turut.

Bolehkan proksi atau selain pemilik menjadi anggota jawatankuasa pengurusan bersama?

Bolehkan proksi atau selain pemilik menjadi anggota jawatankuasa pengurusan bersama? Tidak boleh, ahli jawatankuasa hendaklah terdiri daripada pemilik-pemilik unit sahaja. Melainkan pemilik adalah sebuah syarikat, maka syarikat tersebut boleh melantik mana-mana orang dalam syarikat untuk mewakili syarikat.

Saya tidak dapat hadir pada hari mesyurat agung tahunan yang telah ditetapkan, bolehkan saya minta penyewa saya hadir dan mengundi bagi pihak saya?

Saya tidak dapat hadir pada hari mesyurat agung tahunan yang telah ditetapkan, bolehkan saya minta penyewa saya hadir dan mengundi bagi pihak saya? Boleh, anda perlu isi dan menandatangani borang proksi dan menyerahkan borang tersebut kepada alamat badan pengurusan yang dinyatakan dalam notis panggilan mesyuarat agung. Borang proksi perlu diberikan tidak kurang daripada 48 jam sebelum mesyuarat agung atau apa-apa penangguhan mesyuarat.

Saya telah menjelaskan semua caj penyenggaraan dan lain-lain caj dua hari sebelum mesyuarat agung diadakan

Saya telah menjelaskan semua caj penyenggaraan dan lain-lain caj dua hari sebelum mesyuarat agung diadakan. Pada hari mesyuarat agung saya mendapati nama saya tiada dalam senarai orang yang layak mengundi dan pihak pengurusan tidak membenarkan saya mengundi. Menurut subperenggan 21(1) Jadual Kedua Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757), pemilik hendaklah menjelaskan segala hutang yang tertunggak kepada Badan selewat-lewatnya 7 hari sebelum mesyuarat agung diadakan. Sila baca notis panggilan mesyuarat agung dimana ada tertulis mengenai syarat-syarat mengundi.

Adakah saya layak mengundi?

Saya tidak mempunyai tunggakan caj penyenggaraan dan sinking fund tetapi mempunyai tunggakan bil air disebabkan penyewa saya tidak membayar bil air kepada JMB. Adakah saya layak mengundi? Anda tidak layak mengundi kerana mempunyai amaun yang tertunggak di dalam akaun penyenggaraan bangunan. Anda hendaklah memastikan semua bayaran yang tertunggak dijelaskan kepada JMB 7 hari sebelum mesyuarat agung. Jadi, penyewa anda perlu menjelas bil air pada masa yang telah ditetapkan.

Berapakah bilangan kuorum mesyuarat agung tahunan atau mesyuarat agung luar biasa MC ?

Berapakah bilangan kuorum mesyuarat agung tahunan atau mesyuarat agung luar biasa MC ? Adakah mesyuarat perlu ditangguhkan sekiranya orang kuorum tidak cukup dimana pemilik yang hadir dan layak mengundi hanya 5 orang sahaja? Bilangan kuorum dalam mana-mana mesyuarat agung adalah separuh daripada pemilik yang berhak untuk mengundi sama ada hadir sendiri atau melalui proksi. Jika dalam masa setengah jam selepas masa yang ditetapkan kuorum masih tidak cukup, maka 5 orang tersebut hendaklah membentuk suatu kuorum dan mesyuarat boleh dijalankan.