
MS
Berapa lamakah tempoh notis mesyuarat agung?
Muat Turun : Berapa lamakah tempoh notis mesyuarat agung?
Berapa lamakah tempoh notis mesyuarat agung? Notis hendaklah diberikan kepada pemilik sekurang-kurang 14 hari, sebelum tarikh mesyuarat agung. Tempoh notis dikira bermula dari tarikh notis tersebut dihantar sama ada melalui serahan tangan, pos berdaftar atau tampal di alamat terakhir pemilik
Pencatat minit yang dilantik semasa mesyuarat agung.
Muat Turun : Pencatat minit yang dilantik semasa mesyuarat agung.
Siapakah yang perlu menyediakan minit mesyuarat agung? Pencatat minit yang dilantik semasa mesyuarat agung.
Siapakah yang sepatutnya menandatangani/ mengesahkan minit mesyuarat agung tahunan?
Siapakah yang sepatutnya menandatangani/ mengesahkan minit mesyuarat agung tahunan? Pengerusi mesyuarat agung.
Adakah mesyuarat agung tahunan sah tanpa pembentangan akaun teraudit?
Adakah mesyuarat agung tahunan sah tanpa pembentangan akaun teraudit? Mesyuarat agung tersebut dianggap sah sekiranya ada kuorum. Namun, mesyuarat tersebut adalah tidak sempurna dan tidak lengkap tanpa pembentangan laporan akaun teraudit. Oleh yang demikian, satu mesyuarat agung luar biasa hendaklah diadakan untuk membentangkan laporan akaun teraudit tersebut.
Saya dan suami adalah pemilik bersama bagi sebuah unit apartment di Puchong. Saya dan suami tidak mengisi borang proksi. Bolehkah salah seorang daripada kami boleh mengundi semasa?
Saya dan suami adalah pemilik bersama bagi sebuah unit apartment di Puchong. Saya dan suami tidak mengisi borang proksi. Bolehkah salah seorang daripada kami boleh mengundi semasa? Tidak boleh kecuali jika suatu ketetapan sebulat suara dikehendaki. Pemilik bersama hendaklah mengisi borang proksi dengan melantik salah seorang daripada mereka atau mana-mana orang lain.
Adakah pembeli bersama “Joint Purchasers” boleh menjadi anggota jawatankuasa bersama?
Adakah pembeli bersama “Joint Purchasers” boleh menjadi anggota jawatankuasa bersama? Ya, kerana mereka juga adalah pemilik bersama bagi petak mereka tetapi hanya terhad untuk satu orang sahaja.
Benarkah orang yang mempunyai tunggakan caj penyenggaraan tidak mempunyai hak untuk bersuara dan masuk ke dalam dewan mesyuarat?
Benarkah orang yang mempunyai tunggakan caj penyenggaraan tidak mempunyai hak untuk bersuara dan masuk ke dalam dewan mesyuarat? Secara umumnya, pemilik yang mempunyai tunggakan caj penyenggarraan tidak berhak untuk mengundi dan memegang jawatan dalam jawatankuasa pengurusan. Selain itu, pemilik tersebut tidak diambil-kira sebagai sebahagian daripada kuorum dan ahli mesyuarat. Maka pihak kami berpandangan, pemilik tersebut boleh hadir tetapi perlu diasingkan supaya tidak mengganggu perjalanan mesyuarat. Dari segi hak bersuara pula, pemilik tersebut lazimnya dibenarkan hak bersuara. Walaubagaimanapun, ini bergantung kepada budi bicara pihak yang mengendalikan mesyuarat sama ada mahu membenarkan atau tidak. Permalink
Bagaimanakah cara memutuskan sesuatu usul/perkara dalam mesyuarat agung?
Bagaimanakah cara memutuskan sesuatu usul/perkara dalam mesyuarat agung? Secara umumnya, cara memutuskan sesuatu usul atau perkara di dalam mesyuarat agung adalah secara angkat tangan. Walaubagaimanapun, jika terdapat walaupun seorang pemilik menuntut supaya pengundian mengikut unit syer dijalankan, maka pengerusi hendaklah menjalankan pengundian tersebut. Permalink
Apakah prosedur mesyuarat agung luar biasa?
Muat Turun : Apakah prosedur mesyuarat agung luar biasa?
Apakah prosedur mesyuarat agung luar biasa? Prosedur mesyuarat agung luar biasa adalah sama dengan mesyuarat agung tahunan. Yang membezakan antara mereka adalah tempoh masa mesyuarat perlu diadakan dan agenda mesyuarat. Juga, mesyuarat agung tahunan diadakan sekali dalam setiap tahun. Manakala mesyuarat agung luar biasa adalah mesyuarat agung yang diadakan selain daripada mesyuarat agung tahunan.
Bolehkan orang selain daripada pemilik atau pengurus bangunan yang dilantik mempengerusikan mesyuarat agung?
Muat Turun : Bolehkan orang selain daripada pemilik atau pengurus bangunan yang dilantik mempengerusikan mesyuarat agung?
Bolehkan orang selain daripada pemilik atau pengurus bangunan yang dilantik mempengerusikan mesyuarat agung? Tidak boleh, pengerusi sementara mesyuarat agung hendaklah dilantik oleh pemilik-pemilik yang hadir dan layak mengundi daripada kalangan mereka. Walaubagaimanapun, pengerusi sementara yang dilantik boleh membenarkan pengurus bangunan atau mana-mana orang yang berkaliber untuk membantunya mempengerusikan mesyuarat sehingga selesai.