MS

JABATAN COB

BIL

SOALAN

JAWAPAN

1

Masalah pemilik unit atas yang membuat bising seperti mengangkat kerusi / meja / tapak kaki (berjalan).

Tiada Akta yang diperuntukkan bagi masalah bunyi bising seperti yang diatas. Ini adalah isu/masalah kejiranan. Mohon pengadu berbincang secara baik dengan pemilik unit/penghuni bagi mengatasi masalah ini. Pengadu juga boleh memohon bantuan pihak pengurusan/JMB/MC untuk memberikan nasihat kepada penghuni yang menimbulkan masalah.

2

Rumah/unit tingkat atas bocor dan air menitik/meresap ke rumah/ unit tingkat bawah.

Isu/masalah kebocoran/kerosakkan unit adalah di bawah
tanggungjawap pemilik unit sendiri kerana ianya adalah harta individu  dan bukannya harta bersama (common property). Sekiranya berlaku kebocoran, pengadu dinasihatkan untuk berbincang dengan pemilk unit atas untuk membaiki kerosakkan atau berkongsi kos penyenggaraan.

3

Masalah sampah longgok di kawasan pangsapuri.

KDEB hanya mengutip sampah DOMESTIK sahaja. Sampah
PUKAL adalah di tanggungjawab pihak pengurusan/JMB/MC. Pengadu dinasihatkan untuk membuat aduan di pejabat pengurusan dimana pengadu membayar service charge (caj penyenggaraan) setiap bulan.

4

Masalah parking kereta tidak mencukupi di pangsapuri.

Masalah ini dihadapi oleh kebanyakkan pangsapuri kerana di
zaman sekarang nisbah satu unit pengsapuri mempunyai lebih dari satu kereta. Pihak JMB hanya memperuntukkan satu tempat lot parking bagi satu unit rumah. Pengadu dinasihatkan untuk membeli pas bulanan parking MBSJ untuk parking di kawasan luar dan tidak dikompaun oleh penguatkuasa dengan syarat tidak menghalang lalulintas.

5

Berapa bilanan AJK untuk JMB & MC?

JMB (Joint Management Body)     -5 hingga 6 orang
MC (Management Corporation)  - 3 hingga 15 orang

6

Siapa yang mengeluarkan sijil JMB & MC?

Sijil JMB dikeluarkan oleh COB.
Sijil MC dikeluarkan oleh PTG (Pejabat Tanah & Galian).

7

Berapa jumlah korum untuk mesyuarat pertama penubuhan AGM (Annual General Metting)& EGM (Extraordinary General Metting)?

JMB - 25%
Sekiranya tiada korum, setengah jam dari masa mesyuarat, pembeli yang layak mengundi telah dikira sebagai korum
MC - 50%.
Sekiranya korum yang ada tidak mencukupi, tunda ke
minggu seterusnya pada tempat dan waktu yang sama.

8

Apakah kelayakan seseorang untuk mengundi?

JMB - Pemilik/pembeli bersama yang dilantik secara proksi
- Tiada tunggakan caj penyenggaraan MC .
-Telah membuat pindah milik atas nama individu. (pemilik berdaftar)
- Tiada tunggakan caj penyenggaraan.

9

Adakah penyewa dibenarkan menghadiri mesyuarat AGM/EGM?

Boleh. Tetapi penyewa tiada hak untuk mengundi.

10

Bolehkah JMB dibubarkan?

Boleh sekiranya tiada pembeli yang berminat untuk mengisi jawatan dalam JMB. Jika ini berlaku COB akan melantik agen pengurusan.

11

Berapa lama tempoh masa penubuhan JMB sebelum menjadi penubuhan MC?

Tiada tempoh masa. Bila buka daftar hakmilik strata telah dibuka dan sebanyak 25% daripada pemilik telah membuat pindahmilik. (bukan lagi atas nama pemaju).

12

Sekiranya JMB tidak berfungsi/tidak aktif bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah penduduk?

Melantik AJK baru melalui EGM atau COB melantik agen pengurusan.

13

Apakah yang dimaksudkan dengan Harta Bersama (Common Property)?

Harta yang digunakan secara bersama seperti padang permainan, surau, teres, gym, koridor, tangga, lift, kolam renang, bumbung dan kawasan lapang.

14

Adakah binatang peliharaan dibenarkan/boleh dipelihara di pangsapuri?

Boleh, tetapi jangan sampai mengganggu ketenteraman jiran bersebelahan dan sekiranya ada aduan JMB/MC boleh ambil tindakan. JMB/MC boleh membuat “house rule” ke atas perkara ini.

15

Adakah pemilik pangsapuri boleh membuat pengubahsuaian di unit kediaman?

Boleh, Ianya tidak melibatkan tambahan bangunan.