JABATAN PERANCANG BANDAR |
||
BIL |
SOALAN |
JAWAPAN |
1 |
Apakah perancangan bandar? |
Perancangan Bandar dikenali sebagai "Perancangan fizikal" atau "Perancangan Kegunaan Tanah". Dengan lain perkataan ianya adalah satu seni dan sains dalam membentuk pertumbuhan dan pembangunan fizikal, sosial dan ekonomi kawasan-kawasan bandar dan juga luar bandar. |
2 |
Siapa yang bertanggungjawab dalam merancang bandar? |
Merujuk Seksyen 5, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hendaklah menjadi Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) bagi kawasan pentadbirannya. |
3 |
Apakah konsep perancangan? |
Satu bidang yang dapat menentukan persekitaran kehidupan dan tempat tinggal yang sempurna, selesa dan berkualiti melalui gabungan alam bina dan alam sekitar secara harmoni. Ianya melalui proses analisis keadaan semasa, kenalpasti isu, masalah dan potensi mengemukakan cadangan bagi dasar tindakan dan perancangan serta kawalan penggunaan tanah. |
4 |
Apakah peruntukan undang-undang untuk aktiviti perancangan bandar? |
Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) adalah peruntukan undang-undang secara langsung yang menjelaskan siapa yang berperanan dan bertanggungjawab, bidang tugas dan aktiviti-aktiviti perancangan bandar. |
5 |
Apa itu Rancangan Pemajuan? |
Rancangan Pemajuan terdiri daripada Rancangan Fizikal Negara, Rancangan Struktur Negeri, Rancangan Tempatan Daerah, Rancangan Kawasan Khas. Ianya menjadi dokumen rujukan yang sah untuk rangka kerja perancangan. |
6 |
Apakah Rancangan Fizikal Negara (RFN)? |
RFN adalah rancangan reruang ”spatial” negara yang memberi panduan strategik mengenai arah dan corak pembangunan fizikal negara. |
7 |
Apakah Rancangan Struktur Negeri? |
Merupakan satu penyataan bertulis yang mengemukakan dasar-dasar dan cadangan-cadangan am mengenai pemajuan gunatanah termasuk langkah-langkah mengawal alam sekitar dari segi fizikal, perhubungan dan lalulintas bagi jangkamasa 15 hingga 20 tahun. |
8 |
Apakah Rancangan Tempatan Majlis Bandaraya Subang Jaya 2035? |
Rancangan Tempatan Subang Jaya 2035 (Penggantian) ataupun RTSJ 2035 merupakan dokumen pelan pembangunan yang mengandungi peta cadangan dan pernyataan bertulis serta disokong oleh garis panduan perancangan. Ianya disediakan mengikut peruntukkan undang-undang yang terkandung di dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). RTSJ2035 ini telah diberi kelulusan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Bil. 3/2020 bertarikh 23 Oktober 2020 dan mendapat persetujuan Pihak Berkuasa Negeri Selangor melalui mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMKN) Selangor Darul Ehsan Ke-37/2021 bertarikh 3 November 2021. Fakta persetujuan warta RTSJ2035 ini adalah No.Warta - Sel G.N 1920/2022 pada 26 Mei. Halatuju Rancangan Tempatan Subang Jaya 2035 (Penggantian) Visi merupakan kenyataan atau pendangan mahupun matlamat yang ingin dicapai oleh MBSJ sama ada dalam jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang. Ia bertujuan sebagai asas dan panduan kepada MBSJ dalam memilih tindakan dalam menyelesaikan permasalahan yang timbul. Visi RTSJ2035 ialah Bandar Mampan Yang Memberi Pilihan Dan Peluang (A Sustainable City Of Choice And Opportunity). Tujuan Rancangan Tempatan Subang Jaya 2035 (Penggantian) RTSJ2035 ini disediakan bagi menterjemah dasar-dasar yang terkandung di dalam Rancangan Fizikal Negara (RFN) dan Rancangan Struktur Negeri Selangor (RSN) bagi panduan dan kawalan pembangunan bagi seluruh kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan (PBPT) iaitu MBSJ. Selain itu, RTSJ2035 juga telah mengambilkira dan merangkumkan dasar-dasar antarabangsa dan nasional seperti Sustainable Development Goals (SDG), Agenda Bandar Baru (New Urban Agenda) dan Dasar Perbandaran Negara Ke-2 (DPN 2). |
9 |
Laporan Cadangan Pemajuan |
Adalah satu laporan yang dikehendaki disediakan mengikut peruntukan Seksyen 21A, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), yang perlu dikemukakan bersekali dengan pelan tatatur yang dikemukakan samada untuk permohonan tukar syarat, pecah sempadan atau mendirikan bangunan di mana yang berkaitan. Ianya membentangkan asas-asas perancangan, rasional-rasional dan justifikasi yang dapat mengukuhkan kesesuaian cadangan-cadangan pemajuan. Juga dapat membantu kelicinan proses pertimbangan oleh PBPT terhadap permohonan yang dikemukakan. |
10 |
Kebenaran Merancang |
Kebenaran Merancang hendaklah diperolehi daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum sesuatu pemajuan dapat dimulakan mengikut seksyen 19, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Permohonan mendapatkan Kebenaran Merancang hendaklah mengikut bentuk dan mengandungi butir-butir, dan disertakan dengan dokumen-dokumen dan pelan-pelan yang ditetapkan oleh PBT sebagaimana diperuntukan mengikut seksyen 21 (1). Seksyen 21 (3) Akta 172, berkehendakkan supaya jika permohonan melibatkan pendirian bangunan, maka PBT boleh mengarahkan pemohon mengemukakan butiran-butiran seperti aras tapak bangunan, ketinggian dan anjak belakang bangunan dan sebagainya |
11 |
Siapa yang memberi Kebenaran Merancang? |
Majlis Bandaraya Subang Jaya yang memberi Kebenaran Merancang secara bertulis keatas permohonan yang dikemukakan oleh pemohon. |
12 |
Apakah Kegunaan Kebenaran Merancang? |
Setiap pembangunan yang ingin dijalankan perlu Kebenaran Merancang. Ianya untuk PBT mengawal perancangan dan pembangunan, serta menjadi satu bentuk tanggungjawab terhadap PBT yang meluluskan dan menjalankan kerja-kerja pembangunan |
13 |
Apakah kesan jika pembangunan dijalankan tanpa/tidak memenuhi Kebenaran Merancang? |
Ianya merupakan kesalahan mandatori dibawah Akta 172. Sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM 500,000.00 atau penjara dua(2) tahun atau kedua-duanya sekali.Denda akan dikenakan sehingga RM 5,000.00 setiap hari kesalahan berterusan. |
14 |
Apakah itu khidmat nasihat perancangan? |
Khidmat Nasihat Perancangan adalah antara perkhidmatan jabatan ini kepada orang awam sebelum mengemukakan permohonan rasmi. Ianya disediakan melalui perkhidmatan di kaunter melalui pertanyaan, panggilan telefon, melalui surat ataupun emel. |
15 |
Berapa lamakah masa yang diambil oleh jabatan untuk memproses permohonan perancangan? |
Mengikut Piagam Pelanggan jabatan yang telah ditetapkan. |
16 |
Lembaga Rayuan |
Sekiranya pemohon / pembantah tidak berpuashati (terkilan) dengan keputusan atau syarat-syarat kelulusan, rayuan boleh dibuat kepada Lembaga Rayuan Negeri Selangor, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor mengikut peruntukan Subseksyen 23 (1a) dan (b), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dalam tempoh 30 hari daripada keputusan ini disampaikan. |
17 |
Apakah Lembaga Rayuan? |
Lembaga Rayuan adalah satu badan yang ditubuhkan oleh Pihak Berkuasa Negeri bertujuan untuk memberi peluang kepada orang awam yang terkilan atau tidak puas hati dengan keputusan Kebenaran Merancang yang dibuat oleh Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan. |
18 |
Bagaimanakah rayuan boleh dibuat? |
Permohonan hendaklah mengisi borang yang disediakan oleh Urusetia dan dihantar ke alamat berikut:- |
19 |
Dimanakah perbicaraan dijalankan? |
Bilik Persidangan |
20 |
Apakah definisi pembangunan mampan secara umum? |
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka : Sustainable = Berterusan |
21 |
Apakah definisi pembangunan mampan antarabangsa? |
Suruhanjaya Dunia mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan (Laporan Brundtland 1987) mendefinisikan pembangunan mampan sebagai “pembangunan yang membolehkan generasi semasa memenuhi keperluannya tanpa mengkompromikan kemampuan generasi mendatang memenuhi keperluan mereka” |
22 |
Apakah definisi pembangunan mampan Negeri Selangor? |
Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan definisi pembangunan mampan di dalam konteks tempatan Mampan Selangor (2000) ;‘Pembangunan mampan ialah mengenai reformasi ekonomi; proses pembangunan mengambilkira dengan serius kesan pembangunan terhadap alam sekitar, sumber asli dan masyarakat setempat’. |
23 |
Apa Agenda 21 Selangor? |
Agenda 21 Selangor merupakan pelan tindakan pelaksana strategi pembangunan mampan peringkat negeri yang dibentuk berdasarkan kepada Strategi Pembangunan Mampan Selangor. |
24 |
Apa local Agenda 2023? |
Penjenamaan semula Local Agenda 21 Subang Jaya kepada Local Agenda 2030 telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Local Agenda 21 pada tahun 2018 supaya sejajar dengan agenda 2030 Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals). Jawatankuasa Local Agenda 2030 ini ditubuhkan bagi mencapai sasaran dan agenda yang telah digariskan di dalam Sustainable Development Goals (SDGs). Jawatankuasa ini membincangkan serta membentangkan pencapaian program yang telah dijalankan di dalam kawasan pentadbiran MBSJ melalui lima (5) Pelan Tindakan Khas Local Agenda 2030 iaitu:
|
25 |
Apa Itu e-MURNInet Selangor? |
e-MURNInet Selangor merupakan perisian aplikasi web serta pusat rujukan dan capaian maklumat berkaitan dengan projek Kajian Petunjuk Bandar Mampan Selangor yang diuruskan oleh JPBD Selangor. |
26 |
Apakah definisi Bandar Selamat? |
Bandar yang bebas dari semua ancaman fizikal, sosial dan mental. Persekitarannya sentiasa dalam keadaan paling terpelihara. Tidak menimbulkan suasana yang boleh menggalakkan kejadian mengganggu-gugat kesejahteraan setempat. Penghuni sentiasa berada dalam keadaan yang paling selamat, sejahtera, sihat dan ceria |
BAHAGIAN PENGUATKUASAAN |
||
BIL |
SOALAN |
JAWAPAN |
1 |
Apakah kuasa dan tindakan yang boleh diambil oleh Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Perancangan Bandar? |
i. Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Perancangan Bandar hanya mengambil tindakan ke atas sebarang kesalahan di bawah peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1972 (Akta 172) iaitu : |
2 |
Adakah pihak Majlis memberi kebenaran/kelulusan kepada Skim Perumahan Berpengawal (Guarded Community) di kawasan MBSJ? |
• Pihak Majlis telah sedia maklum mengenai isu penutupan jalan berikutan pelaksanaan ‘guarded community’ di kawasan MBSJ. Isu ini bukan sahaja berlaku di kawasan MBSJ malah PBT lain juga mengalami isu yang sama mengenai perkara ini. |
MS