MS

JABATAN PELESENAN

BIL

SOALAN

JAWAPAN

1

Bagaimana cara untuk saya membuat permohonan lesen perniagaan?

  • Lesen perniagaan dan iklan mempunyai 3 kategori iaitu :
  • Online Serta Merta (OSM)
  • Sementara Enam Bulan (SM6B)
  • Permohonan Biasa

  • Pelanggan boleh membuat semakan aktiviti perniagaan di portal MBSJ www.mbsj.gov.my untuk kenalpasti premis di dalam kategori yang sama.

2

Bagaimana cara saya ingin memohon lesen untuk adakan roadshow/konsert/festival (berunsur hiburan)?

  • Pemohon perlu menghantar Kertas Cadangan kepada Jabatan Pelesenan
  • Maklumat kertas cadangan perlu mengandungi:
  • Maklumat Pemohon
  • Maklumat Syarikat
  • Cadangan Lokasi
  • Cadangan Aktiviti
  • Cadangan Tarikh dan Masa
  • Senarai Peralatan Yang Diguna Pakai (Sekiranya Ada)
  • Keluasan Premis

3

Bagaimana cara untuk memohon permit iklan luaran?

  • Permohonan  permit iklan luaran adalah secara atas talian melalui Sistem E-Lesen.

4

Berapa kadar fi permit bunting/banner di kawasan MBSJ?

  • Merujuk kepada UUK Iklan 2007, kadar fi permit bunting/banner adalah sebanyak RM20.00 setiap satu unit dan cagaran sebanyak RM40.00.

5

Perlukah saya memohon lesen untuk mengadnitakan program food festival/jualan promosi/kiosk sementara/vending machine?

  • Ya, perlu membuat permohonan Permit Berniaga Sementara di Kaunter Pelesenan.
  • Kadar Fi : RM 250 untuk setiap 1 unit booth/kanopi.
  • Cagaran dan fi iklan tertakluk kepada jenis aktiviti dan tempoh masa.

6

Bagaimana saya hendak menyemak status permohonan lesen?

  • Boleh melalui 3 kaedah:
  • Membuat semakan melalui Sistem Ezy MBSJ.
  • Menghubungi Jabatan Pelesenan di talian 03-8026 4052.
  • Berurusan di Kaunter Pelesenan, Aras 1 MBSJ.

7

Adakah saya perlu memohon lesen untuk membuat aktiviti keagamaan / keramaian?

  • Aktiviti yang dilaksanakan di dalam rumah adalah bukan dibawah bidang kuasa Jabatan Pelesenan.
  • Perlu membuat rujukan ke Jabatan yang berkaitan. (Jabatan Bangunan dan Jabatan Perancangan Bandar)

8

Bolehkah saya menggajikan pekerja warga asing?

  • Merujuk kepada Syarat Pematuhan Lesen, pemegang lesen tidak dibenarkan untuk menggaji atau mengambil pembantu/pekerja warga asing yang tidak mempunyai pas yang sah.
  • Kegagalan mematuhi syarat di atas boleh dikenakan tindakan kompaun, pembatalan lesen dan boleh didakwa di mahkamah.
  • Pemegang lesen tidak dibenarkan untuk meletakkan mana-mana pekerja asing di kaunter hadapan premis perniagaan sebagai juru wang.

9

Bolehkah saya menjaja di tepi jalan?

  • Pertimbangan kelulusan adalah bergantung kepada kesesuaian lokasi.
  • Sila berurusan dengan pegawai Bahagian Usahawan Mikro, Jabatan Pelesenan MBSJ.

10

Kenapa saya perlu membayar RM0.20 untuk mendapatkan plastik di kedai serbaneka?

  • MBSJ telah melaksanakan Kempen Bebas Plastik Negeri Selangor sejak tahun 2017 di mana semua premis seperti kedai runcit, gedung pakaian, pasaraya besar telah mengenakan caj kutipan bebas plastik RM0.20 kepada semua pelanggan yang ingin mendapatkan plastik.

11

Bilakah saya boleh memohon Permit Bazar Ramadan MBSJ?

  • Kebiasaannya, permohonan Permit Bazar Ramadan MBSJ akan dibuka sebulan sebelum Ramadan bermula. Tertakluk kepada sebarang perubahan tarikh.
  • Maklumat lanjut sila layari portal MBSJ di www.mbsj.gov.my

12

Bolehkah saya menjual bunga api pada musim perayaan?

  • Boleh, perlu membuat permohonan Permit Sementara Berniaga.
  • Perlu mendapatkan sokongan daripada pihak PDRM.

* kelulusan adalah bergantung kepada pematuhan syarat-syarat yang  
ditetapkan.

13

Bagaimana cara untuk membuat pembaharuan lesen melalui online?

  • Pembaharuan lesen perniagaan adalah secara atas talian melalui Sistem Ezy MBSJ.

14

Sehingga pukul berapakah restoran/kedai makan dibenarkan untuk beroperasi?

  • Kelulusan tempoh masa operasi bagi premis restoran adalah tertakluk kepada pengredan tahap kebersihan premis yang di kawal selia oleh Jabatan Kesihatan, MBSJ.

15

Mengapa lesen perniagaan saya dibatalkan?

  • Pemegang lesen tidak mematuhi syarat-syarat pematuhan lesen yang ditetapkan.
  • Maklumat lanjut, sila rujuk Jabatan Pelesenan MBSJ di talian 03-8026 4052 atau hadir ke Kaunter Pelesenan, Aras 1 MBSJ.