Notis Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 3

Selaras dengan arahan semasa Majlis Keselamatan Negara (MKN) beberapa sektor tambahan dibenarkan untuk beroperasi syaratsyarat yang diperketatkan sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 3 bermula dari 15 April hingga 28 April 2020.

Aktiviti perniagaan berikut dibenarkan beroperasi mengikut hari dan masa yang ditetapkan:

1. Industri Aeroangkasa

2. Industri Automotif (terhad kepada eksport unit siap pasang sepenuhnyA - CBU, peralatan dan kompone, serta perkhidmatan selepas jualan contohnya penyelenggaraan).

3. Industri Mesin dan peralatan

4. Projek-projek pembinaan dan perkhidmatan berkaitan pembinaan

  • Projek di mana Kontraktor G1 & G2 sebagai kontraktor Utama
  • Projek yang telah disahkan mencapai kemajuan fizikal 90% ke atas
  • Kerja-kerja terowong
  • Kerja-kerja penyelenggaraan
  • Kerja-kerja cerun
  • Kerja-kerja Kecemasan yang termaktub dalam perjanjian kontrak
  • Kerja-kerja penyelenggaraan, pembersihan dan pengeringan air bertakung, penyemburan racun serangga di tapak bina bagi mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes dan lain-lain haiwan perosak
  • Kerja-kerja lain yang jika tidak disempurnakan boleh mendatangkan bahaya
  • Projek bangunan dengan 70 IBS score ke atas
  • Projek pembinaan dengan fasiliti/kemudahan tempat tinggal untuk pekerja seperti kuarters Pekerja Berpusat atau kem pekerja
  • Perkhidmatan yang terlibat dalam industry pembinaan termasuk arkitek, jurutera perancang Bandar, juru ukur tanah, juru ukur bahan, pengurus projek, pengurus fasiliti dan lain-lain berkaitan

5. Perkhidmatan Sains, Professional dan Teknikal termasuk Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)

   o (hanya terhad kepada perkhidmatan berkaitan guaman, perkhidmatan berkaitan minyak & gas, aktiviti-aktiviti R&D berkaitan Covid 19, makmal-makmal ujian bagi sector-sektor yang dibenarkan beroperasi sahaja

6. Perkhidmatan kedai hardware, kedai barangan elektrik dan elektronik.

7. Perkhidmatan kesihatan sosial termasuk perubatan tradisional yang berdaftar ( hanya terhad kepada registered Traditional & Complimentary Medicine or TCM Practitioner )

Kesemua aktiviti perniagaan diatas adalah dibenarkan dengan syarat memperolehi kelulusan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI)

Tempoh masa beroperasi juga tertakluk kepada kelulusan (MITI)

Syarikat yang ingin beroperasi perlu membuat permohonan kepada (MITI) bermula 13 April 2020 di laman sesawang www.miti.gov.my dan juga diminta untuk merujuk syarat-syarat Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan di laman sesawang ini.

Pihak syarikat di dalam sektor-sektor yang dibenarkan beroperasi WAJIB mematuhi syarat-syarat Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan, selain pematuhan kepada syarat-syarat dan garis panduan yang ditetapkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sekian, terima kasih

Yang Dipertua 
Majlis Perbandaran Subang Jaya

MS