MPSJ. SPB. PKP. RK (01)/39//2020
12 OKTOBER 2020


NOTIS
KERJA-KERJA NYAHCEMAR (DISINFEKSI) AWAM


Untuk makluman semua JMB / MC / Ejen Pengurusan & Pemaju yang melaksanakan pengurusan dan peyenggraan bangunan berstrata, jumlah jangkitan kes Covid-19 di Selangor telah meningkat dan beberapa kes telah direkodkan berlaku di Kawasan bangunan berstrata dibawah pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya.

Sehubungan itu, pihak tuan diminta untuk melaksanakan kerja-kerja nyahcemar ini di seluruh kawasan harta bersama seperti tangga, koridor, taman permainan dan Kawasan-kawasan laluan utama penduduk bagi mencegah penularan wabak Covid-19 di Kawasan berstrata. Walaubagaimanapun, kerja-kerja nyahcemar ini hanya melibatkan kawasan harta bersama dan tidak melibatkan kawasan di dalam unit kediaman.

Sebarang keterangan lanjut atau informasi tambahan boleh hubungi Pusat Kawalan & Panggilan MPSJ (Command Center) di talian 03 80247700 atau layari medium rasmi sosial media MPSJ.

ARAHAN
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA

MS