MPSJ. SPB. PKP. RK (01)/40/2020
13 OKTOBER 2020


NOTIS
PEMATUHAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT BERKAITAN PENULARAN WABAK COVID-19
(ARAHAN PENUTUPAN TAMAN OLEH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA)


Pada menjalankan kuasa yang diperuntukkan di bawah Undang-Undang Kecil Taman (Majlis Perbandaran Subang Jaya) 2005,
Majlis dengan ini membenarkan untuk semua taman dibuka dengan bersyarat.

  • Aktiviti sukan dan rekreasi yang tidak bersentuhan secara fizikal dan dijalankan secara individu tidak melebihi 10 orang seperti berjalan, jogging, berbasikal, senam robik kendiri dan lain-lain dilakukan di kawasan taman awam dan taman permainan terbuka adalah DIBENARKAN.

  • Penggunaan semua alatan permainan serta peralatan senaman di taman awam adalah TIDAK DIBENARKAN.

Sila maklum bahawa arahan ini yang dikeluarkan oleh majlis adalah selaras dengan pengisytiharaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang berkuatkuasa dari 14 Oktober 2020 hingga 27 Oktober 2020.

Ambil Perhatian bahawa mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil ini boleh diperintah keluar dari mana-mana taman dan boleh didakwa dan apabila disabitkan ,didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan dalam hal sesuatu kesalahan yang berterusan boleh sebagai tambahan didenda tidak melebihi dua ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.

ARAHAN
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA

MS