Kerja-Kerja Basmi Kuman (Disinfeksi) 

Dimaklumkan bahawa Majlis Perbandaran Subang Jaya akan melaksanakan kerja-kerja basmi kuman (disinfeksi) kawasan awam bagi membasmi dan mencegah wabak Covid19 seperti berikut:

TARIKH MASA  TEMPAT
24 April 2020 (Jumaat) 9.30 pagi hingga 5.00 petang PANGSAPURI KR TAMAN MUHIBA, SERI KEMBANGAN
24 April 2020 (Jumaat) 9.30 pagi hingga 5.00 petang PANGSAPURI KR SERDANG RAYA, SERI KEMBANGAN
24 April 2020 (Jumaat) 9.30 pagi hingga 5.00 petang PANGSAPURI KEMUNING KEMPAS, TAMAN SERDANG RAYA
23 April 2020 (Khamis) 9.30 pagi hingga 5.00 petang PANGSAPURI SRI INDAH, TAMAN LESTARI PERDANA
22 April 2020 (Rabu) 9.30 pagi hingga 5.00 petang PANGSAPURI MAWAR JAYA BLOK A-G, KOTA PERDANA
20 April 2020 (Isnin) 9.30 pagi hingga 5.00 petang PANGSAPURI ANGSANA BLOK A-H, USJ 1
17 April 2020 (Jumaat) 9.30 pagi hingga 5.00 petang PANGSAPURI SEROJA, TAMAN PUCHONG INDAH
17 April 2020 (Jumaat) 9.30 pagi hingga 5.00 petang PANGSAPURI SERI MARKISA, TAMAN PUCHONG TEKALI
16 April 2020 (Khamis) 9.30 pagi hingga 12.00 tengahari PANGSAPURI PUCHONG UTAMA COURT 1, TAMAN PUCHONG UTAMA
15 April 2020 (Rabu) 9.30 pagi hingga 5.00 petang PANGSAPURI KR BLOK A1- A38, PUCHONG PERMAI
14 April 2020 (Selasa) 9.30 pagi hingga 5.00 petang PANGSAPURI SRI SENTOSA
14 April 2020 (Selasa) 9.30 pagi hingga 5.00 petang PANGSAPURI SRI DAMAI
13 April 2020 (Isnin) 9.30 pagi hingga 5.00 petang PANGSAPURI TAMAN PUNCAK KINRARA (FASA 1A)
13 April 2020 (Isnin) 9.30 pagi hingga 5.00 petang ANGSAPURI WAWASAN, PUSAT BANDAR PUCHONG
13 April 2020 (Isnin) 9.30 pagi hingga 5.00 petang PANGSAPURI KR BLOK A-D, TAMAN KINRARA


Kawasan yang terlibat di dalam kerja-kerja basmi kuman ini adalah surau, tangga, koridor dan seluruh kawasan harta bersama di kawasan flat ini. Walaubagaimanapun, kerja-kerja basmi kuman ini tidak melibatkan kawasan di dalam unit rumah.
Sehubungan dengan itu, semua penduduk dikehendaki memberikan kerjasama dengan mematuhi perkara berikut :

1. Semua laluan terlibat di dalam kerja-kerja basmi kuman tidak dihalang oleh barang-barang milik penduduk dan tidak dibenarkan menyidai pakaian di luar rumah.
2. Semua penduduk dikehendaki berada di dalam unit rumah masing-masing dan tidak dibenarkan keluar semasa kerja-kerja basmi kuman dilaksanakan.
3. Semua penduduk menjaga kebersihan unit kediaman masing-masing dan tidak mengotori kawasan harta bersama.

Untuk pertanyaan, sila hubungi Pusat Panggilan MPSJ di talian 03 80247700.

ARAHAN
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA
 

MS