Adakah mesyuarat agung tahunan sah tanpa pembentangan akaun teraudit? Mesyuarat agung tersebut dianggap sah sekiranya ada kuorum. Namun, mesyuarat tersebut adalah tidak sempurna dan tidak lengkap tanpa pembentangan laporan akaun teraudit. Oleh yang demikian, satu mesyuarat agung luar biasa hendaklah diadakan untuk membentangkan laporan akaun teraudit tersebut.